Friday, August 28, 2009

Hemah Berbelanja Ramadhan dan Syawal


Bagaimana cara anda berbelanja dan menguruskan perbelanjaan ketika Ramadhan dan Syawal? Apakah lebih pasak daripada tiang, atau anda seorang pengguna dan pembeli yang berhemah dan bijak dalam membelanjakan wang anda, berbelanja mengikut keperluan dan bukan mengikut kemahuan, membeli ikut kebijaksanaan dan bukan mengikut nafsu.
Jika anda seorang pembeli dan pengguna yang bijak, bagaimana pula anda mengatur dan mengurus perbelanjaan anda supaya tidak membeli sesuatu yang tidak perlu dan berbelanja di luar kemampuan. Bagaimana anda menggunakan wang anda secara optimum dengan anda menikmati kepuasan daripada penggunaan wang anda.
Topik U-Wartawan kali ini membawa anda menelusuri sikap orang kita dalam berbelanja, khususnya untuk membeli makanan untuk berbuka yang mungkin didorong oleh nafsu. Pada masa sama anda juga membuat pelbagai persediaan menyambut raya yang bakal menjelma seperti membeli pakaian baru dan tidak kurang membeli langsir dan perabot baru.
Bagi anda apakah perbelanjaan terbaik yang sesuai dengan bulan Ramadhan supaya wang yang dibelanjakan tidak menjadi pembaziran kerana membazir adalah perbuatan syaitan. Begitu juga sambutan Syawal perlukah kita bermewah-mewahan untuk diri kita sendiri dan bagaimana pula dengan menyumbang kepada mereka yang kurang dan memerlukan sumbangan anda.
Sebagai wartawan rakyat, kami mengalu-alukan pandangan dan buah fikiran anda dalam mengupas topik Hemah Berbelanja Ramadhan dan Syawal. Kongsikan bersama kami kerana di U-Wartawan, anda juga wartawan.