Wednesday, November 18, 2009

Kualiti perkhidmatan kaunter



Perkhidmatan kaunter selalunya lebih dekat dengan pelanggan/orang ramai kerana perkhidmatan kaunter merupakan ‘barisan hadapan’ sesebuah organisasi samada awam atau swasta. Kebiasaanya, perkhidmatan kaunter akan mencerminkan perkhidmatan secara ‘first impression’ kepada pelanggan kerana kebanyakan urusan yang melibatkan organisasi tersebut dijalankan menerusi perkhidmatan kaunter dan sebagai tempat resepsi utama sebelum dilanjutkan untuk berurusan.


Walaubagaimanapun, perkhidmatan kaunter juga sering dilihat sebagai tidak memenuhi keperluan dan kehendak mereka serta sukar untuk mendapatkan kerjasama, kurang kecekapan, atau dalam kata yang mudah, tidak mesra pelanggan. Seringkali kita mendengar pelbagai aduan yang diterima oleh orang ramai dan pelanggan yang menyatakan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap layanan yang diterima di samping struktur prasarana di tempat menunggu yang kurang selesa.


Persoalannya, bagaimanakah cara terbaik bagi meningkatkan prestasi dan memulihkan imej perkhidmatan kaunter di mana-mana organisasi dan apakah melalui pembaharuan sistem kerja yang efektif dan cekap sudah cukup bagi memastikan kepuasan hati pelanggan diutamakan? bagaimanakah bentuk pengurusannya, serta bagaimana ingin menilai tahap kepuasan pelanggan/orang ramai terhadap perkhidmatan kaunter? kongsikan di U-Wartawan, anda juga wartawan.

Wednesday, November 11, 2009

Manifestasi Suara Belia




Di Malaysia, dianggaran sebanyak 11.8 juta jumlah bilangan golongan belia di dalam negara. Belia adalah golongan yang dikategorikan berada dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun mengikut garis panduan Dasar Belia Negara. Dewasa ini, suara belia adalah signifikan dalam masyarakat kita memandangkan suara belia dikatakan lebih segar dan membawa pengaruh yang sangat besar dalam negara kita pada hari ini.

Sejarah membuktikan bahawa dalam menuntut kemerdekaan negara, suara-suara inilah yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajah british. Hal ini jelas menunjukkan betapa kuat dan besar impak suara belia yang menjadi tunggak dan tulang belakang negara.

Selepas 52 tahun negara mencapai kemerdekaan, suara belia harus meneruskan kesinambungan ini dalam membentuk kecemerlangan yang lebih kepada negara dan meningkatkan kemajuan negara. Persoalan yang perlu diberikan perhatian adalah; Apakah bentuk cabaran belia di dalam alaf 21 ini serta apakah aspek yang perlu diberikan penekanan di dalam melahirkan generasi belia yang cemerlang dan berjaya dewasa ini?

Selain daripada itu, mungkin ramai belia yang tidak menyedari mengenai potensi dan hak-hak suara mereka untuk didengar. Wawasan 2020 yang diilhamkan pada tahun 1991 seharusnya ditunjangi oleh golongan ini dan mereka seharusnya lebih peka dalam keupayaan berkongsi idea dan pelbagai bentuk sumbangan bagi merealisasikanya. Oleh itu, apakah saluran yang terbaik yang boleh diaplikasikan oleh golongan belia pada hari ini dalam menyalurkan idea dan pendapat mereka? dan bagaimana membentuk keyakinan belia dalam menyumbang cetusan idea mereka? apakah juga langkah-langkah yang boleh diambil bagi memberikan peluang yang adil dan saksama kepada golongan belia dalam membangun dan memajukan negara? kongsikan pendapat anda di U-Wartawan, anda juga wartawan.

Wednesday, October 14, 2009

Masalah Jantung Anak Muda



Masyarakat sering beranggapan, penyakit jantung selalunya sering menyerang golongan berusia sahaja. Mungkin juga yang beranggapan penyakit jantung berlaku sekiranya mereka merokok dalam tempoh yang lama sebelum dikesan menghidap penyakit tersebut dalam usia 40-an. Pemikiran sebegini sering melanda masyarakat kita pada hari ini walhal, golongan muda juga tidak terkecuali daripada berpotensi mengidap penyakit kardiovaskular (CVD) dan lain-lain penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Sesungguhnya, langkah-langkah pencegahan perlu dititik beratkan seawal usia lagi. Kes yang mengejutkan berlaku dewasa ini apabila Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Madya Dr Oteh Maskon mengeluarkan kenyataan bahawa kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun, yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok. Hal ini menunjukkan betapa serius anjakan angka golongan yang mengidap penyakit ini.

Bagaimana kita memupuk generasi muda dalam mengutamakan kesihatan? dan bagaimana harus kita membawa persepsi masyarakat ke luar lingkaran dan pemikiran statik golongan masyarakat mengenai kepentingan kesihatan kardiovaskular?

Juga, bagaimana serta apakah gaya hidup masa kini yang menjurus kepada peningkatan kes ini dewasa ini? dan apakah implikasi buruk terhadap golongan muda dalam jangka masa panjang?
Selain itu, kesedaran juga masih tidak mencukupi sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak dipraktikkan. Apakah langkah yang perlu disarankan agar golongan muda masa kini dapat mempraktikkan supaya dapat mengelakkan diri daripada berpotensi mengidap penyakit jantung? kongsikan pandangan dan pendapat anda di U-wartawan. Anda juga wartawan.

Monday, October 5, 2009

Hasrat Bajet Rakyat


Pada 23 Oktober ini, kerajaan bakal membentangkan bajet 2010 di Parlimen. Antara bidang tumpuan Bajet 2010 adalah meliputi pelaburan swasta, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), teknologi maklumat (ICT), industri halal, sektor kewangan, pembangunan infrastruktur luar bandar, sektor perkilangan, pembangunan sumber manusia, teknologi hijau, sektor pertanian, jenayah dan keselamatan awam dan pengangkutan awam.

Kerajaan menjelaskan bajet pada kali ini akan menjurus kepada usaha susulan menjamin kesejahteraan. Walaupun berhemat, Bajet 2010 dijangka mengutamakan rakyat dan berorientasikan pencapaian sejajar gagasan ‘1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Seperti dijelaskan Perdana Menteri, ia akan memperincikan pelaksanaan berkesan mekanisme pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang layak. Pada masa sama tumpuan akan diberi kepada usaha memperkemas kecekapan supaya perbelanjaan operasi kerajaan dikurangkan. Kerajaan turut dijangka memperhebatkan pelbagai langkah dalam melancarkan perjalanan ekonomi dalam negara yang terjejas sekitar krisis pada tahun ini. Bagaimana dan apakah fungsi kerajaan dalam usaha mencapai pembangunan yang menyeluruh melibatkan aspek metarial dan spiritual dalam mencapai Wawasan 2020 pada bajet kali ini?

Bagi kalangan rakyat biasa, jangkaan mereka adalah cadangan-cadangan bajet akan diperkenalkan dengan tujuan menambah pendapatan yang boleh dibelanjakan bagi rakyat. Namun, persoalannya, apakah bajet pada kali ini menepati kehendak rakyat dan apakah peranan kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat faedah yang setara? apakah jangkaan rakyat dalam menikmati ganjaran daripada pihak kerajaan terbayar pada bajet 2010 kali ini? juga, bagaimana kita melihat suatu pembaharuan yang bakal dibentangkan pada bajet kali ini?

Kerajaan juga turut mengumumkan penilaian dan penimbangan pendapat daripada masyarakat berasaskan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Langkah ini mendidik masyarakat untuk bertanggungjawab sepenuhnya sebagai penyumbang pembangunan negara tanpa memikirkan keuntungan dan faedah untuk diri sendiri semata-mata. Apakah langkah ini merupakan inisiatif terbaik dalam memastikan semua pihak mendapat keuntungan? bagaimana kita melihat peranan dan fungsi rakyat dalam memastikan bajet 2010 mencapai sasaran? dan sejauh mana langkah ini dapat memastikan segala hasrat rakyat diutamakan? kongsikan suara dan hasrat anda di U-Wartawan, anda juga wartawan.

Tuesday, September 8, 2009

Transformasi Pengangkutan Awam Lembah Klang




Ramai yang beranggapan masalah pengangkutan awam umpama tidak sudah, biarpun pelbagai langkah diambil. Kewujudan RapidKL diharap dapat menyelesaikan masalah pengangkutan awam di lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur. Persoalannya apakah perkhidmatan bas dan transit aliran ringan menjadi pilihan warga kota dan pengguna berasa cukup selesa dan cekap.


Pada 1 September lalu Syarikat Prasarana Negara yang bertanggungjawab terhadap integrasi pengangkutan awam di Lembah Klang telah memperkenalkan sistem tambang baru yang bersepadu, pada masa sama menubuhkan badan petugas khas yang meliputi pengguna untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh. Aspek tersebut meliputi perkhidmatan pengangkutan awam, pemandu dan kebajikan mereka serta keselesaan penumpang.


Mungkinkah langkah ini akan membantu ke arah membaiki perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan transit aliran ringan. Barangkali penanda aras terbaik ialah apakah pengguna sedia ada mendapat lebih kepuasan daripada perkhidmatan yang diberi sementara para pemandu pula bertukar kaedah pengangkutan untuk memasuki Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan transit aliran ringan.


Sesuatu pembaharuan dan perubahan tidak memberi makna jika segala cakap-cakap mengenai keselesaan dan kecekapan perkhidmatan masih berlegar-legar dan membayangi kita selaku pengguna, pengurusan dan kerajaan. Atau apakah kita sebenarnya terlalu banyak melakukan eksperimen tanpa menemui hasil yang menjanjikan penyelesaian menyeluruh.


Masalah pengangkutan awam dan pilihan pengguna masih lagi berlegar apabila mereka lebih suka memilih untuk menaiki kenderaan sendiri dan pengangkutan awam sekadar menjadi pilihan golongan yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Mungkinkah ini fenomenanya apabila kita tidak dapat melihat suatu rangka besar kepada penyelesaian menyeluruh, sedang kita hanya melakukan sesuatu dalam ruang lingkup yang bersifat kecil dan dibahagikan dalam banyak kotak - bermakna kita menyelesaikan satu masalah dan meninggalkan banyak masalah lain tanpa penyelesaian.


Melalui langkah terbaru Syarikat Prasarana dan RapidKL, mungkinkah ia menjadi laluan terowong menuju sistem pengangkutan awam membabitkan bas dan transit aliran ringan yang lebih tuntas, atau masih terus bergelumang dalam percubaan penyelesaian tanpa kesudahan.


Kongsikan pandangan anda kerana mungkin idea anda sebagai wartawan rakyat dan pengguna lebih membina?

Thursday, September 3, 2009

Budaya Rumah Terbuka




Rumah terbuka sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini. Pada perayaan seperti ini, tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai generasi masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim kepada seluruh lapisan masyarakat. Bukan itu sahaja, malahan dalam majlis sebegini kita dapat memperkenalkan dan mengetengahkan pelbagai jenis makanan dan juadah, sekaligus masyarakat dapat berkongsi budaya dan adat masing-masing.

Topik U-wartawan kali ini akan membincangkan mengenai budaya rumah terbuka yang signifikan dalam perayaan masyarakat Malaysia pada hari ini. Budaya rumah terbuka sering dijadikan landasan terbaik untuk mengeratkan hubungan berlainan kaum, agama dan budaya. Budaya rumah terbuka juga dilihat dapat menjangkau perbezaaan dan perpaduan di antara kaum dan memenuhi tuntutan agama islam untuk mengeratkan silaturahim. Apakah objektif terbaik dan cara yang sesuai bagi mewarnai tradisi rumah terbuka sempena syawal ini?

Selain itu, apakah isu perpaduan yang timbul pada hari ini dapat diminimumkan melalui tradisi ini? Apabila kita lihat perpaduan yang semakin goyah, adakah dengan wujudnya tradisi rumah terbuka akan menjadi sebuah mekanisme mengukuhkan perpaduan di kalangan umat islam dan kaum di Malaysia? Mungkinkah tradisi ini boleh digunakan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan seIslam merentasi perbezaan ideologi politik, sosial, ekonomi dan kaum? Kongsikan pendapat anda di U-Wartawan. Anda juga wartawan.

Friday, August 28, 2009

Hemah Berbelanja Ramadhan dan Syawal


Bagaimana cara anda berbelanja dan menguruskan perbelanjaan ketika Ramadhan dan Syawal? Apakah lebih pasak daripada tiang, atau anda seorang pengguna dan pembeli yang berhemah dan bijak dalam membelanjakan wang anda, berbelanja mengikut keperluan dan bukan mengikut kemahuan, membeli ikut kebijaksanaan dan bukan mengikut nafsu.
Jika anda seorang pembeli dan pengguna yang bijak, bagaimana pula anda mengatur dan mengurus perbelanjaan anda supaya tidak membeli sesuatu yang tidak perlu dan berbelanja di luar kemampuan. Bagaimana anda menggunakan wang anda secara optimum dengan anda menikmati kepuasan daripada penggunaan wang anda.
Topik U-Wartawan kali ini membawa anda menelusuri sikap orang kita dalam berbelanja, khususnya untuk membeli makanan untuk berbuka yang mungkin didorong oleh nafsu. Pada masa sama anda juga membuat pelbagai persediaan menyambut raya yang bakal menjelma seperti membeli pakaian baru dan tidak kurang membeli langsir dan perabot baru.
Bagi anda apakah perbelanjaan terbaik yang sesuai dengan bulan Ramadhan supaya wang yang dibelanjakan tidak menjadi pembaziran kerana membazir adalah perbuatan syaitan. Begitu juga sambutan Syawal perlukah kita bermewah-mewahan untuk diri kita sendiri dan bagaimana pula dengan menyumbang kepada mereka yang kurang dan memerlukan sumbangan anda.
Sebagai wartawan rakyat, kami mengalu-alukan pandangan dan buah fikiran anda dalam mengupas topik Hemah Berbelanja Ramadhan dan Syawal. Kongsikan bersama kami kerana di U-Wartawan, anda juga wartawan.

Wednesday, August 19, 2009

Mengekang Penularan H1NI


Angka ramalan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung penularan wabak H1N1 amat menggusarkan rakyat Malaysia. Angka sekurang-kurangnya lima ribu boleh maut tidak boleh dipandang ringan dan ia merupakan malapetaka kepada negara kita jika benar-benar seperti diramal.
Ketika negara lain berjaya membendung penularan virus ini, kenapa pula pendemik ini menjadi semakin buruk di Malaysia, dengan angka kematian yang semakin berkurang. Apakah rakyat kita tidak begitu mengambil peduli tentang kesihatan dan kebersihan diri sehingga begitu mudah digugat oleh virus, atau kerajaan gagal merangka pelan pencegahan terhadap penularan virus ini.
Lebih membimbangkan pula apabila penularan virus ini dijangka menemupuh gelombang kedua yang akan memberi kesan kesihatan buruk berikutan munculnya musim hujan yang dibawa angin timur laut. Sekali lagi, apakah rakyat Malaysia bersedia, sedangkan pada gelombang pertama kita menghadapi kepayahan mendepaninya.
Selain itu ketika, bagaimana pula penularan virus selesema H1N1 pada bulan Ramadhan ini? Mungkinkah ia akan mempengaruhi penularannya ke tahap lebih buruk sebelum gelombang kedua. Dan sebagai rakyat Malaysia, apakah yang kita lakukan untuk mencegah virus ini terus menular, atau kita sebenarnya mengambil sikap mudah atau sudah terhantuk baru terngadah tatkala nasi sudah menjadi bubur.
Sebahagian kes H1N1 dan kematian berkaitan dikatakan berpunca daripada sikap rakyat Malaysia berhubung kebersihan diri dan kepekaan terhadap gejala pendemik ini. Pastinya, ini memerlukan suatu anjakan baru dalam cara pemikiran dan bertindak rakyat Malaysia, selain kerajaan mengambil langkah lebih proaktif dan kreatif membendung penularannya.
Anda sebagai rakyat prihatin dan berpengetahuan dijemput memberi pandangan berhubung penularan H1N1 di negara ini, atau berkongsi pengalaman anda, keluarga, tempat kerja atau kejiranan anda dengan kami di U-Wartawan.

Thursday, August 6, 2009

Mengurus Kewangan Pesara


Kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan dana pencen untuk pekerja swasta dan bekerja sendiri, langkah yang diharap dapat memberi jaminan kewangan kepada golongan ini ketika melalui usia tua.
Langkah ini diambil selepas kajian mendapati 70 peratus daripada pesara ini menghabiskan semua wang dalam KWSP dalam tempoh kurang tiga tahun, meletakkan para pesara terbabit berdepan krisis kewangan yang teruk dan hidup dalam kemiskinan.
Hakikatnya, 90 peratus daripada pencarum memiliki simpanan semasa usia persaraan kurang RM100,000, juga meletakkan golongan ini dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa terus bekerja pada usia tua.
Pengenalan dana pencen ini dijangka membaiki kedudukan sosial dan ekonomi pesara swasta untuk menempuh usia persaraan tanpa diganggu oleh masalah kewangan. Namun persoalannya, apakah modul terbaik kepada pelaksanaan dana ini.
Sebelum ini pernah diperkenalkan Skim Anuiti yang menggunakan dana KWSP pekerja untuk menjadi dana yang akan membolehkan pesertanya memperoleh bayaran pencen bulanan pada kadar tertentu ketika mereka bersara, tetapi dibantah kemudiannya.
Selain modul pelaksanaan, berapa kadar bayaran bulanan yang bakal diterima, apakah mungkin ia separuh daripada gaji akhir semasa bersara dan apakah pencen dibayar sepanjang hayat pesara dan bagaimana pula faedah untuk waris seperti dalam pencen kerajaan.
Lontarkan pandangan anda sebagai wartawan rakyat U-Wartawan.

Monday, July 27, 2009

Menilai Semula UPSR


Ada pihak mencadangkan, kenapa tidak dihapuskan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), atau digubal semula untuk mengikut keperluan pendidikan dan rentak pembangunan negara. Bagaimanapun kerajaan berpandangan ia harus dikekalkan dengan pengubahsuasaian.
Keputusan UPSR yang menjadi tanda aras kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh pula mungkin tidak dipakai, sebaliknya dicadangkan supaya mengambil mengambil kira pencapaian pelajar sepanjang enam tahun di sekolah rendah.
Ada pihak pula berpandangan, sejak sekian lama sistem peperiksaan di sekolah kita terlalu memberi penekanan kepada aspek keputusan, bermakna markah maksimum menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan pelajar.
Melihat kepada keperluan pendidikan dan pembangunan sahsiah pelajar, masihkan UPSR ini relevan dengan keperluan pendidikan dan perkembangan mental dan jatidiri pelajar, atau sesuatu dilakukan secara menyeluruh terhadap sistem pendidikan, tidak sekadar terhadap ujian ini.
Hakikatnya, pelajar sekarang terlalu dibebani dengan tekanan supaya mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan sehingga meletakkan mereka dalam tekanan dan seluruh kehidupan harian mereka semata-mata untuk buku, guru dan tuisyen.
Persoalan yang perlu diambil perhatian adalah apakah UPSR merupakan mekanisme yang tepat untuk menilai pelajar dan membekalkan barisan pelapis yang memasuki sekolah menengah, peringkat universiti dan pekerjaan.
Persoalannya, apakah ujian ini perlu dihapuskan dan tidak perlu ada sebarang ujian yang berorientasikan keputusan, sebaliknya negara ada satu sistem persekolahan dan penilaian yang melahirkan pelajar yang cerdas dan kreatif pemikiran mereka.
Lontarkan pandangan dan cadangan anda untuk U-Wartawan pada 30 Julai ini. Anda semua wartawan rakyat.

Sunday, July 19, 2009

Kebajikan Warga Terpinggir


Program U-Wartawan pada 24 Julai ini akan memperkatakan topik Kebajikan Warga Terpinggir, menjurus kepada golongan kurang upaya yang dikategorikan mengalami kecacatan mental. Kisah layanan yang diterima oleh golongan ini di Rumah Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu menyingkap suatu kisah kehidupan yang tidak diketahui. Biarpun pihak terbabit ada alasan sendiri mengenai layanan dan keadaan yang diterima, pendedahan tersebut sewajarnya membuka mata dan pemikiran kita bahawa sesuatu perlu dilakukan, bukan saja persoalan layanan di rumah kebajikan, tetapi kesedaran masyarakat umum.
Sebagai manusia golongan ini juga mempunyai hak dan salah satu daripadanya ialah mendapat pendidikan dan asuhan terbaik. Pendidikan dalam hal ini bertujuan menjadikan mereka boleh mengurus diri serba sedikit atau meningkatkan daya mekanik tubuh badan dan daya berfikir biarpun pada kadar yang terhad.
Pada masa sama, apakah yang masyarakat dan pihak berwajib boleh lakukan demi membela nasib golongan ini. Cukupkah sekadar bernaung di rumah-rumah kebajikan atau usaha perlu dipertingkat untuk menambah baik kehidupan golongan ini dan tidak dianggap sebagai beban kepada masyarakat dan negara.
Malah, perkembangan hidup zaman moden yang penuh tekanan dan cabaran juga mendedahkan anggota masyarakat, khususnya di bandar berdepan dengan penyakit mental. Apakah kita sedar dan bersedia menghadapinya?
Lontarkan pandangan ini kepada U-Wartawan. Anda juga wartawan.

Monday, July 13, 2009

Menilai Prestasi Menteri


Untuk siaran pada 17 Julai ini, U-Wartawan akan mengemukakan topik Menilai Prestasi Menteri sebagai reaksi kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Perbincangan akan meliputi aspek penilaian prestasi para menteri dan timbalan menteri dalam melaksanakan tugas.
Persoalan yang dibangkitkan di sini ialah bagaimana KPI atau laporan menteri itu akan dinilai dan apakah kayu ukur bagi penilaian yang dibuat. Mungkinkah Perdana Menteri yang bertanggungjawab membuat penilaian dan bagaimana pula reaksi rakyat.
Juga, apakah jika prestasi seseorang menteri itu tidak memuaskan, perlukah dia meletakkan jawatan?
sebagai wartawan rakyat, anda pasti mempunyai pandangan terhadap perkara ini, iaitu apakah pengenalan kepada penilaian prestasi ini akan meningkatkan kecekapan pentadbiran seorang menteri dan bagaimana anda mahu seorang menteri berkhidmat.
Besar harapan di sebalik pengenalan penilaian prestasi ini akan meningkatkan kecekapan dan ketelusan kerajaan dalam mentadbir negara dan berkhidmat kepada rakyat.

Thursday, July 9, 2009

Meninggikan Profesion Perguruan


Baru-baru ini kerajaan mendedahkan Kementerian Pelajaran menghadapi masalah kekurangan guru lelaki berbanding wanita. Implikasi daripada kekurangan tersebut memberi kesan besar kepada sistem pendidikan. Dilaporkan nisbah lelaki yang memohon memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) setiap tahun ialah 35:65.
Persoalan yang dibangkitkan kenapakah profesion ini semakin tidak mendapat sambutan di kalangan lelaki? Dan apakah pula tindakan susulan oleh kementerian bagi menyimbangkan. Mungkinkah profesion ini tidak dianggap glamor sehingga orang lelaki menjauhi, atau pelbagai isu berkaitan pendidikan dan sekolah menyebabkan ia kurang menarik minat. Anda sebagai wartawan rakyat atau peneraju profesion perguruan pasti mempunyai jawapan kepada permasalahan ini dan sila kongsikan bersama kami di U-Wartawan.

Monday, July 6, 2009

Michael Jackson Sebagai Ikon


Gajah mati meninggalkan gading, Michael Jackson mati meninggalkan satu legasi kepada dunia, iaitu bahasa muzik yang universal, merentasi sempadan ras, politik dan geografi. Beliau mempesonakan dunia dengan lagu dan gerak tarinya, mencetuskan suatu fenomena dan tanda aras dalam budaya popular.
Beliau membuktikan populariti tidak datang dengan jalan mudah melainkan melalui usaha bersungguh-sungguh dan kejayaan dan kemewahan yang dikecapi tidak datang menggolek. Jacko sendiri diasuh oleh orang tuanya untuk menjadi penyanyi sejak zaman kanak-kanak dengan pengawasan dan displin yang ketat. Komitmen dan disiplin yang kuat telah meletakkan beliau pada tahap tersendiri dalam seni suara dan tidak sekadar bergantung kepada bakat luar biasanya.
Apa pandangan anda tentang Jacko sebagai ikon? kongsikan bersama-sama kami di U-Wartawan.

Friday, June 26, 2009

Mendepani Ancaman Selsema Babi

Topik U-Wartawan 3 Julai






Persediaan pencegahan adalah sangat penting! Anda boleh mendapatkan immunization vaksin flu atau suntikan flu. Suntikan flu adalah baik sebelum anda menunjukkan simtom-simtom flu; walaubagaimanapun, jaminan vaksin flu yang ada sekarang adalah agak diragui.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, simtom flu H1N1 adalah sama dengan influenza lain di dalam badan manusia- penyakit secara amnya. Antara simtom-simtom flu H1N1 ialah; demam, batuk, sakit tekak, sengal-sengal badan, pening kepala dan badan rasa sejuk. Kes influenze 2009 ini telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah orang yang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.

Orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan kebersihan diri dan persekkitaran. Kerap basuh tangan dengan sabun dan air, ataupun alcohol-based hand sanitizers terutamanya selepas berada di tempat awam.

Anda sebagai warga Malaysia yang prihatin dan berpengetahuan pasti mempunyai idea yang baik dalam usaha membantu mencegah merebaknya wabak ini. Jadi kongsikan bersama komuniti U-Wartawan.

Tuesday, June 23, 2009

Nilai Ekonomi Sampah

Topik U-wartawan 26 Jun







Sebuah syarikat tempatan, Greenbase Utama Sdn. Bhd telah menjadi yang pertama di dunia untuk menukarkan sampah sarap kepada petrol dan diesel. Bukan sahaja kertas dan kayu, plastik yang sukar dikompos juga boleh diproses menjadi minyak.
Penemuan teknologi baru ini sudah tentunya boleh mengurangkan tapak pelupusan sampah di negara kita, selain mendatangkan punca pendapatan baru yang menguntungkan.
Selain menjadi pencapaian membanggakan kepada anak tempatan, kejayaan tersebut membuka satu lagi penyelesaian kepada masalah pelupusan sampah. Malah penemuan ini juga menjadi sumber tenaga alternatif kepada sumber lain bahan bakar.
Pastinya juga teknologi dan penememuan ini akan meningkatkan nilai ekonomi kepada sampah yang selama ini dilihat sebagai bahan buangan dan usaha kitar semula dilihat sangat terhad kepada bahan tertentu.
Apakah ini merupakan penemuan terbaik kepada pelbagai jenis sampah dan buangan dan penyelesaian kepada banyak masalah pencemaran dan alam sekitar serta pada masa sama menyumbang kepada pendapatan golongan tertentu dan memberikan nilai tambah ekonomi.

Idea Kerajaan Perpaduan





Mencintai Sungai Kita





Penipuan Black Money





Sunday, June 14, 2009

Friday, May 22, 2009

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN



Topik- topik U-Wartawan

Berikut adalah topik yang akan dibincangkan oleh U-Wartawan yang bersiaran lima hari seminggu di Saluran 501 Astro Awani. Anda dijemput menjadi wartawan rakyat kami dengan menghantar rakaman video, mms, mel-e, faks, rakaman suara dan sms atau meninggalkan komen dalam laman ini.

Gajet & Literasi Maya
Fenomena anak muda hari yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk memiliki telefon bimbit terkini, lap top canggih, I ipod dsb. Bagaiamana fenomena ini boleh diseimbangkan antara literasi maklumat, akses ilmu , hiburan & pembaziran, kawalan unsur pornografi, hackers ?

Atau ianya boleh menjadi punca pendapatan baru ?

Pengisian Cuti Sekolah
Cuti yang berkualiti. Dilema anak-anak & ibu bapa setiapkali tiba cuti persekolahan . Ada yang ingin mengisi cuti dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau seminar peperiksaan. Namun ada berpendapat cuti sepatutnya dimanfaatkan untuk bersantai bersama keluarga setelah penat disekolah & aktiviti persekolahan. Mana satu pilihan keluarga Malaysia ?

Teater & Aprisiasi Khalayak
Benarkah khalayak Malaysia kurang apresiasi terhadap teater & pementasan drama. Mereka begitu memilih genre seni tertentu & bermusim. Syarikat korporat sukar memberi tajaan kepada teater tempatan. Kumpulan-kumpulan teater tempatan sukar untuk berkembang akibat kekurangan sokongan khalayak ini

Pertanian adalah Perniagaan
Sektor pertanian hari ini perlu dilihat sebagai sumber pekerjaan baru bagi para graduan. Aplikasi Teknologi Moden & ICT perlu menjadi pemangkin kepada para graduan untuk menceburi bidang ini. Apakah sistem sokongan yang perlu ada. Ilmu bidang yang ingin diceburi. Masalah yang sering membelenggu petani moden.

Bank Idea Kerajaan / (Idea Factory )
Era kerajaan tahu semua sudah berlalu. Sudah sampai masanya rakayat tutut menyumbang sesuatu seperti idea bagi membantu kerajaan memperbaiki kelemahan dalam perkhidmatan

Monday, May 4, 2009

PEMIMPIN TURUN PADANG



object width="425" height="344">

Thursday, April 30, 2009

Thursday, April 23, 2009

Friday, April 17, 2009