Wednesday, March 18, 2009

Topik U-Wartawan minggu ketiga

Berikut adalah topik yang akan dibincangkan oleh U-Wartawan yang bersiaran lima hari seminggu di Saluran 501 Astro Awani. Anda dijemput menjadi wartawan rakyat kami dengan menghantar rakaman video, mms, mel-e, faks, rakaman suara dan sms atau meninggalkan komen dalam laman ini.

30 Mac - Generasi tidak mengundi: Betulkah banyak generasi muda hari ini banyak yang tidak mengundi atau tidak mahu membabitkan diri dalam proses demokrasi ini, dan apakah puncanya. Adakah ini merupakan sebahagian daripada fenomena global seperti yang berlaku di negara maju, AS dan Jepun.

31 Mac - GMP dan PPSMI: Apa kata masyarakat mengenai dasar kerajaan ini. Apakah pilihan jika PPSMI dimansuhkan, atau ia diteruskan. Haruskah PPSMi ditentang dan atas sebab apa.

1 April - Masyarakat tanpa tunai: Perkembangan dalam teknologi memungkinkan anda tidak perlu membawa wang tunai. Apakah wang plastik akan mendominasi kehidupan kita kelak dan bersediakah kita menghadapi perubahan hidup ini. Teknologi juga ada cacatnya.

2 April - UMNO dari kaca mata rakyat: bagaimana anda melihat UMNO pada masa kini, Masihkah ia parti yang relevan dengan kehidupan masyarakat atau hanya entiti yang bergelut dengan permasalahannya sehingga memberikan imej negatif. Apakah UMNo akan senasib dengan parti seperti Parti Kongres di India dan Koumintang di Taiwan?

3 April - Anak poligami: Pahit dan manis hidup sebagai anak kepada seorang bapa yang mempunyai lebih seorang isteri.

Meriahkan dunia kewartawanan negara dengan menjadi wartawan rakyat kami. Pandangan anda adalah suara rasa anda.

10 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat terhutang budi kepada UMNO yang telah banyak berjasa kepada negara dan sekelian rakyat Malaysia yang berbilang bangsa juga agama. Sebagai Orang Melayu dan orang UMNO, saya sangat berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh UMNO dari dahulu hingga sekarang. Sesungguhnya, bukan warganegara Malaysia jika mereka menafikan hakikat ini. Malangnya, angkara sebilangan pemimpin dan ahli UMNO yang mempergunakan UMNO sebagai batu loncatan bagi mencapai cita-cita peribadi mereka, imej UMNO telah tercalar teruk. Akibat terlalu mementingkan kedudukan dan kemewahan, orang Melayu dan rakyat Malaysia semakin membenci dan berdendam kepada UMNO.

    Rakyat mungkin tersalah sasaran meletakkan kebencian dan dendam mereka kepada UMNO. Sepatutnya sasaran mereka ialah sebahagian pemimpin dan ahli UMNO yang tamak, korup lagi bangsat. Malangnya, wajah pemimpin-pemimpin ini menghiasi wajah serta tubuh UMNO. Maka, UMNO berserta pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya yang jujur, secara tidak langsung menjadi mangsa. Ibarat seseorang yang mahu memukul nyamuk di pipi kawannya. Walaupun nyamuk itu sasarannya, tetapi pipi kawannya tetap mendapat impak dari tamparan tersebut.

    Sebagai pemimpin kecil di dalam UMNO, saya agak berkecil hati apabila seorang pemimpin tertinggi UMNO (berstatus menteri)mengeluarkan kenyataan yang agak menghina pengundi sewaktu beliau muncul di Bukit Gantang baru-baru ini. Kenyataan yang dikeluarkan beliau ialah lebih kurang "Rakyat sudah pandai menilai". Kenyataan ini dikeluarkan apabila ditanya tentang projek-projek pilihanraya yang dikatakan untuk memancing undi. Apakah maksud beliau "rakyat selama ini bodoh?" atau "rakyat selama ini diperbodoh-bodohkan?" Sebagai makluman beliau yang bergelar Tan Sri, rakyat malaysia bukan bodoh. Rakyat Malaysia bijak dan pandai, bahkan semakin bijak dan bertambah pandai. Jika tidak, masakan beberapa buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR)? Seterusnya Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.

    Sebenarnya rakyat sedar mereka diperbodoh-bodohkan selama ini. Ketika Timbalan Presiden UMNO mengatakan "UMNO mesti berubah atau diubah", rakyat sudahpun mengubah landskap politik Malaysia. Undi rakyat sudah berubah setahun yang lalu. Sedangkan pemimpin UMNO baru mengungkapkan perkara ini, iaitu setahun selepas rakyat berubah . Adakah pemikiran UMNO tertinggal setahun di belakang pemikiran rakyat?

    Ungkapan "CHANGE" telah berkumandang pertengahan tahun lalu ketika Mr. Barack Hussein Obama memulakan kempennya di dalam Demokrat. Boleh dirumuskan bahawa, Rakyat Malaysia telah pun mendahului rakyat Amerika di dalam mempraktikan "CHANGE" atau "BERUBAH".

    Hakikat sebenar yang berlaku kepada pemerintahan Malaysia ialah, sistem yang yang diformulasikan di bawah Suruhanjaya Lord Reid sudah terganggu. Gangguan ini menjadi semakin teruk dan bertambah dahsyat. Seterusnya gangguan ini akan memusnahkan UMNO jika tiada tindakan yang drastik lagi radikal diambil. Saya membuat kesimpulan ini di dalam sebuah lagu ciptaan saya yang bertajuk "Ali Baba Moden". Lagu ini dapat menduduki tempat ke-4 di dalam carta xsiteradio.com dan tempat ke-4 'single' terbaik xsiteradio.com, walaupun belum sampai 2 bulan dikeluarkan. ( http://xsiteradio.com/ )

    Apabila saya mendengar seorang pelajar universiti menyebut perkataan "jijik" terhadap UMNO, pada mulanya saya marah. Tetapi apabila saya sedar, tamparan itu bukanlah ditujukan terhadap UMNO secara khusus, maka saya tidak jadi marah. Saya telah menasihatkan pelajar tersebut untuk menyasarkan perkataan "jijik" tersebut, 'tepat pada SASARANnya'.

    Sekian terima kasih.

    Mohd Nazri Bin Abdul Aziz
    Ketua Pemuda UMNO
    Cawangan Jalan Masjid
    Kapar, Klang
    Selangor Darul Ehsan.

    p/s : Jika bosan berpolitik, dengarkan lagu-lagu ciptaan saya yang dibuat secara solo (One Man Band) di http://onemanband-nazz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. bukan niat tak mengundi, tetapi dalam keadaan negara yang huru hara bila memikirkan proses atau cara pengundian yang begitu yakin dan memihak kepada kerajaan menjejaskan reputasi pengundi.Ini bermaksud,janji-janji manis yang terpancar pada muka-muka peminpin.

    adalah ini,ketika kempen diadakan..kepanyakan para peminpin memingirkan idealisma-idealisma para belia.Bukankah para belia yang akan menentukan kejayaan negara pada masa akan datang? Maka ini, cuba dekati para belia dan cuba fahami dan dengar pendapat atau teguran dari para belia..ini kerana, para belia amat peka dengan keadaan sekeliling yang mampu mengubah situasi yang tidak menentu.

    fikir dan cuba fahami apa yang dimahukan oleh para belia.

    www.reborndesignconcept.com

    ReplyDelete
  3. Hie.Hello.

    Untuk 1 April Topik


    Kembali kepada sistem bata,ada yang mahu praktikan sistem ini kembali,mungkin mustahil kerana nanti dikata "back to primitve" pulak dikata kolot atau kembali ke Gua atau Zaman Batu.Tetapi itulah sejarahnya dari sistem bata bertukar kepada sistem mata wang,dari Dinar Emas kepada Dollar Sign.Ada terfikir tak yang sistem diperkenalkan oleh Proton memberi diskaun melalui pembelian balik kereta "lama"sebanyak Rm5000 tersebut pun menyerupai Sistem Bata ini?.Mungkin akan mengatakan sebagai meringankan beban,betulla itu tetapi,Bermula dari penggunaan Sistem Bata jugalah yang menjadikan Dunia mengalami kemelesetan sekarang ini.Namun kemeselesatan sekarang disebabkan oleh sistem yang diperkenalkan oleh golongan Kapitalis,namun itu dulu sekarang Kapitalis sudah dicampur & dibantu oleh golongan golongan yang mempunyai kuasa lebih bukan sekadar berkuasa dari mempunyai nyawa & akal sahaja,dijadikan ia dari sistem Kapitalis+Tangan Tangan Lebih Kuasa = Kaya Tiada Batasan;Akal ataupun Sempadan.

    http://keyleedaud.blogspot.com/2009/03/bila-dunia-tanpa-nilai-mata-wang.html

    ReplyDelete
  4. Orang muda Malaysian bukan tak mahu undi tapi mereka mahu undi pembangkang, sebabnya banyak pula, salah satu; kerajaan cuba menyekat kebebasan suara mereka dengan alasan demokrasi Malaysia bukan demokrasi mutlak, habis orang mudaaaa....rebellion....pantang dicabar.....UMNO perlu ubah atau orang Melayu akan berubah parti...janagan disalahkan orang Melayu nanti....

    ReplyDelete
  5. Pemimpin mesti turun melawat kawasan yang diwakilinye, melawatla ibu yang melahirkan,orang tua yang uzur, pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran,masjid yang kosong, balairaya yang sepi.berjemaah dengan orang setempat selalu, hadiri majlis tahlil, perkahwinan,gotong royong dan sebagainye.kembalikan senyuman pada yang uzur, kesempitan wang untuk sambung pelajaran, perlukan rawatan doktor, susun majlis berilmu, kebajikan dan riadah sekerap mungkin.saya pasti rakyat akan mengenang budi.

    ReplyDelete
  6. Pada hemat saya semua persoalan yang timbul mempunyai satu jawapan. Kembali kepada fitrah. Bukan Umno, Pas, Keadilan yang perlu tranformasi, tapi bangsa Melayu yang perlu berubah.

    Orang Melayu Malaysia, orang Islam. Betulkan akidah, berpegang pada tali Allah. PAS dan UMNO perlu sebab negara kita mengamalkan demokrasi. Kena ada yang memerintah, kena ada yang membangkang.
    Orang melayu (pemimpin dan rakyat) mesti tahu tanggungjawab sebagai pemimpin juga tanggungjawab sebagai rakyat. Pemimpin tak mungkin penuhi semua yang dikehendaki rakyat, sebab rakyat lebih ramai dari pemimpin. Pemimpin juga adalah manusia biasa seperti rakyat. Rakyat mengamanah tanggungjawab kepada pemimpin, bukannya taksub kepada pemimpin.Rakyat perlu berdoa agar pemimpin sentiasa diberi hidayah oleh Allah, atau menukar pemimpin yang tidak mampu menjalankan amanah dengan cara yang disukai oleh Allah, bukannya menjatuhkan maruah, mencerca dan mengaibkan pemimpin.
    Pemimpin yang diamanahkan pula sentiasa memastikan rakyat mendapat hidayah dari Allah. Pemimpin harus bersifat amanah bukan kerana mengikut etika sahaja tetapi kerana takutkan Allah.
    UMNO adalah parti golongan melayu yang memerintah. PAS adalah parti golongan melayu yang memperjuangkan Islam. Melayu Malaysia adalah penganut Islam di Malaysia. Demokrasi memerlukan pemerintah dan pembangkang. Parti tidak bersalah, cuma pemimpin kena wujudkan program-program agar rakyat faham ajaran Islam sedalam-dalamnya. Agar mereka berterimakasih pada yang berjasa. Agar mereka yahu benar dan salah. Pemimpin yang amanah dan takutkan Allah tidak akan ada masalah untuk mendapat sokongan rakyat. Yang tidak berpuas hati dengan yang ada akan memilih yang satu lagi dan akan meyuburkan sistem demokrasi.
    Rakyat perlu faham dan memilih pemimpin yang mereka suka, bukannya dengan mengikut-ngikut saja apa yang orang lain buat. Rakyat jangan menjahanamkan pemimpin yang telah diberi amanah walaupun bukan pemimpin yang mereka pilih yang menang. Sebab kita takutkan Allah. Melayu mempunyai 2 atau 3 parti untuk menyuburkan demokrasi tetapi bersatu di bawah Islam. Asasnya adalah hati, keimanan dan ilmu pengetahuan. WAllahua'lam.

    ReplyDelete
  7. Salam Sejahtera,

    Untuk Topik 2nd April..

    Saya (dan rakan2 lain) berpandangan bahawa UMNO masih lagi bergelut dengan masalah dalaman parti, iaitu sesuatu keputusan yang dibuat didalam parti adalah hasil pengaruh daripada pihak2 tertentu untuk kepentingan dan sebab2 yang tertentu...

    Contoh yang terkini adalah keputusan hasil siasatan politik wang oleh Lembaga disiplin UMNO yang lalu dimana Ali Rustam & Norza yang didapati bersalah telah tidak dibenarkan untuk bertanding jawatan didalam parti, sedangkan Khairy hanya diberikan Amaran. Walaupun Pengerusi Lembaga Disiplin mengatakan bahawa kesalahan Khairy adalah kecil, dan memberi perumpamaan sebagai seorang yang 'membunuh' dengan 1 tikaman manakalaAli Rustam seorang yang 'membunuh' dengan 10 kali tikaman.... hukumannya berlainan - katanya. Persoalan yang timbul adalah - Benarkah begitu atau ada sebab tertentu?... membunuh tetap membunuh walau 1 tikaman atau 10 tikaman. Jika Ali Rustam digantung 3 tahun, maka jika kesalahan yang lebih kecil, mungkin hanya digantung 1 tahun, atau jika pun kesalahan terlalu kecil utk digantung, tindakan yang terlembut haruslah tidak dibenarkan untuk bertanding. Tetapi, malangnya tindakan yang diambil untuk individu ini hanyalah Memberi Amaran sahaja.... Sama seperti tidak mengambil apa-apa tindakan....

    Kami yang berada dibawah ini, melihatnya sebagai satu permainan politik dan berpendapat bahawa UMNO tetap tidak berubah.....

    ReplyDelete
  8. Jangan jadikan undi sebagai protes kita. Itulah nyawa bagi membentuk kerajaan. Jangan membuang undi buat mereka yang merosakkan AGAMA. Tetapi perlulah dietakkan tempat yang sebetulnya.

    "satu undi boleh memberi kemenangan kepada yg benar"

    ReplyDelete
  9. Jangan jadikan undi sebagai protes kita. Itulah nyawa bagi membentuk kerajaan. Jangan membuang undi buat mereka yang merosakkan AGAMA. Tetapi perlulah dietakkan tempat yang sebetulnya.

    "satu undi boleh memberi kemenangan kepada yg benar"

    ReplyDelete
  10. TEORI R.A.H.M.A.N KEBETULAN MENJADI REALITI


    R.RAHMAN

    A.ABDUL RAZAK

    H.HUSEIN

    M.MAHATHIR

    A.ABDULLAH

    N.NAJIB


    ini la dia teori rahman yang menjadi realiti susunan perdana menteri dari umno dan barisan nasional yang sudah hampir 52 tahun memerintah malaysia harapan saya datuk seri najib menjadi pm yang terbaik di kalangan permimpin sebelum nya laksanakan lebih banyak perbangunan dan menderkati golongan muda dan belia melaksanakan apa yang wajib memajukan kawasan luar bandar sehingga faedah nya dapat kepada orang kampung dan berharap sangat negeri terbesar di semenanjung malaysia yang itu negeri pahang berpesat maju dan ade tahun target untuk berdaya maju jangan terkejut jika datuk seri najib adalah perdana menteri terakhir dari umno bn jika benda seumpama ini di abai atau pon tidak megambil tau.


    sekarang ramai anak muda sedang memerhati keadaan politik di malaysia dan akan melepaskan kuasa yang di beri untuk mengundi di pru 13 pada masa akan datang.jika nakhoda yang baru tetapi bahtera masih di takuk yang lama tak mustahil benda seumpama ini akan berlaku .jika tiada perubahan teori rahman hanya meninggal kan kenangan untuk orang umno dan bn jika selepas tamat teori rahman tamat la juga permerintahan umno bn di malaysia jika tiada tranformasi di dalam kepimpinan.



    kata saya: jika tranformasi di basikan maka berubah la sisi nya di tempat yang lain



    jika u-wartawan mahu berkongsi cerita kunjugi la blog saya www.bukulalispe.blogspot.com

    ReplyDelete