Tuesday, March 10, 2009

Topik U-Wartawan

Bagi anda yang mahu menguji ketajaman pemikiran dan mengutarakan idea yang bernas, kami di U-Wartawan menjemput anda semua menjadi wartawan dengan mengemukakan pandangan melalui rakaman video dan audio, melalui mel-e, faksimili dan juga sms.

Di bawah adalah topik yang akan dibincangkan pada tarikh yang ditetapkan

23 Mac - Graduan perlu mencari peluaang, bukan mencari pekerjaan.

*24 Mac - Pengangkutan awam (Ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian)

25 Mac - Arah tuju UMNO

*26 Mac - Budak gemuk (Ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian)

27 Mac - Perkhidmatan Kesihatan Kelas pertama


Penyertaan anda sebagai Wartawan Rakyat amat kami hargai. Laporan anda untuk semua.

5 comments:

  1. dapatkan isu undang-undang semasa : peguamkita.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. 25 Mac ..
    Arah Tuju UMNO..
    Tajuk ini amat menarik, persoalan yg hendak ditimbulkan arah tuju UMNO pasca tsunami politik yang melanda negara.
    UMNO perlu berubah dari segi sikap , sistem dan perlaksanaan sesuatu dasar.
    Sikap menjadikan pemimpin UMNO mendekati seluruh rakyat agar ia merakyat, walau sesibuk manapun pemimpin UMNO perlu membiarkan diri boleh berada dalam masyarakat biasa,muncul sesekali sekala tanpa protokol dan kawalan yg amat ketat..
    sistem pemilihan UMNO perlu diberikan kepada seluruh ahli untuk jawatan pertama , kedua dan ketiga UMNO, agar rasuah dapat dibendung bagaimana..sistem canggih seperti SMS boleh digunakan..
    Dalam perlaksanaan UMNO perlu membebaskan sikap keUMNOan maka segala masalah rakyat perlu diselesai tanpa mengira sesiapapun..ini bukan propaganda tapi realitinya UMNO meminggirkan masyarakat bukan UMNO...
    Jika UMNO dapat merubah semua itu pasti ia relevan masa akan datang..

    ReplyDelete
  3. Janganlah berbincang pelbagai cara hendak menuju ke arah baru. Halakan tujuan untuk membersihkan amalan UMNO dari pesepsi orang ramai. Jangan kisahkan rasuah semasa pemilihan ini. Yang besar dan mustahak ialah , Apakah UMNO menjanjikan kontrak dan jawatan tertentu itu juga amalan rasuah. Semua tender hendaklah terbuka. Jawatan-jawatan yang UMNO boleh melantik hendaklah dari orang ramai yang berkebolehan. Bukannya dana orang UMNO
    Mengapa Ketua-ketua Jabatan tidak perah berkata tidak di atas beberapa prkara yang tidak betul. ??

    ReplyDelete
  4. dimana perginya topis GMP PPSMI itu hari ya

    ReplyDelete
  5. Mohon perbincangan terhadap Isu Pengangkutan Awam jangan hanya tertumpu kepada Kuala Lumpur sahaja. Mohon perluaskan isu ke bandar2 lain terutama di Kuala Terengganu, Kuantan dan lain-lain bandar besar di Semananjung.

    Kami juga membayar cukai seperti warga KL perlukan pembelaan dan penjelasan dari pemerintah.

    ReplyDelete