Sunday, April 12, 2009

GAGASAN SATU MALAYSIA




Dalam perutusan pertamanya sebagai Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat melaksanakan transformasi besar-besaran atas semangat " Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan"

Sebagai rakyat, sejauh mana kita memahami konsep 'Satu Malaysia' ini dan bagaimana kita dapat bersama-sama berganding bahu menjayakannya.

Kongsikan pandangan, ulasan, pengalaman atau kritikan anda bersama U-Wartawan.

facebook:
facebook.com - search u-wartawan

email:
uwartawan@gmail.com
uwartawan@astro.com.my

blog:
uwartawan.blogspot.com

telefon:
03-207 02 554

faks:
03-207 02 548

sms + mms:
32728

Tarikh : Isnin, April 13, 2009
Masa: 10:00pm - 10:30pm
Lokasi: Astro Awani - channel 501


Di U-Wartawan... Anda juga Wartawan'

6 comments:

  1. gagasan satu malaysia menarik... tetapi kenapa rakyat malaysia masih tidak boleh terima?
    walaupun sesetengah rakyat mengatakan mereka menyokong gagasan ini.. tp kenapa rancangan atau tayangan wayang yang bersifat satu malaysia masih tidak diterima?

    ReplyDelete
  2. satu malaysia hanya indah pada nama sedangkan masih ramai orang yang masih tidor dan masih angkuh dengan sikap perkauman jadi adakah konsep ini dapat difahami dan dilaksanakan.masyarakat berpecah belah,selagi masyarakat masih ego dan masih pegang pada pemikiran lama maka ianya tidak akan mendatangkan kesan yang mendalam.selagi dalam diri dipenuhi hasad dengki,cemburu,irihati,sakit hati,penindasan.tamak,angkuh dan tidak ada sikap saling bantu membantu ianya hanya indah pada nama sahaja.

    ReplyDelete
  3. Memang kalo dah jadui pembangkang tetap akan membangkang tak kiralah satu malaysia ker dua malaysia ker tapi bagi aku asalkan negara aku aman makmur sudah cukup membahgiakan duduk disini

    Cheers,
    Melayu Boleh

    ReplyDelete
  4. Gagasan 1 Malaysia sangat menarik namun rakyat Malaysia masih lagi tidak dapat menerima jenis bangsa, agama & budaya dalam negara kita. masih lagi ada orang yang mendiskriminisasikan bangsa & kaum yang lain. Seperti nilai kebebasan bersuara tidak lagi dihiraukan langsung. begitu juga dengan kebebasan untuk beragama. faham²lah apa tu... tapi, sya hendak ckap sini, sudah 52 tahun Malaysia merdeka, bru konsep begini mau diperkenalkan(baru mau jadi 1 Malaysia). LOL.

    ReplyDelete
  5. satu malaysia?apa erk?kadang2 kita rakyat malaysia sendiri tidak tahu atau memahami gagasan itu lagi walaupun hal ini sudah pun diuar-uarkan oleh media massa mahupun media cetak.namun begitu,saya yang masih dperingkat sekolah menengah merasakan hal ini merupakan satu-satunya visi yang menarik berbanding dengan sebelumnya.tahniah kepada perdana menteri kita yang baru kerana dapat melaksanakan komitmen yang cekap memandangkan tahun ini adalah tahun pertama beliau menguruskan hal ehwal negara kita.ya..malaysia memang tetap satu di hati saya;DD

    ReplyDelete
  6. Satu Malaysia? Hari ini lah sambutannya. Pemahaman Satu Malaysia? Kalau ada lagi yg gila nak berkuasa tanpa ukur diri sendiri maka konsep yg sebegini tidak akan dapat dicapai pun.Yang sudah ada kuasa makin tamak untuk lebih jadi kaya. Yang belum ada kuasa jadi gila nak hancurkan negara hanya kerana nak kuasa. Semua kata mereka boleh memacu negara kearah yang lebih baik tapi apa yang diterapkan tak lah nampak baik dan boleh diikut sangat. Beginilah.. satu Malaysia ni nak satukan semua kaum jadi orang bangsa malaysia. Orang melayu sesama bangsa dan agama pun tak sebulu, orang cina pun ada beberapa kumpulan dan orang india lagilah banyak kumpulan kecil-kecil (gangster pulak tu). Nak satu macamana kalo dah pendirian pun berbeza, pegangan pun tak sama apatah lagi semangat muhibbah jadi musibah. Harapan saya semoga renungkanlah apa itu satu malaysia. Ucapan seiring perbuatan. Bukan sekadar gimik kononnya masing-masing lebih patriotik dari yang lainnya.

    ReplyDelete