Wednesday, October 14, 2009

Masalah Jantung Anak Muda



Masyarakat sering beranggapan, penyakit jantung selalunya sering menyerang golongan berusia sahaja. Mungkin juga yang beranggapan penyakit jantung berlaku sekiranya mereka merokok dalam tempoh yang lama sebelum dikesan menghidap penyakit tersebut dalam usia 40-an. Pemikiran sebegini sering melanda masyarakat kita pada hari ini walhal, golongan muda juga tidak terkecuali daripada berpotensi mengidap penyakit kardiovaskular (CVD) dan lain-lain penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Sesungguhnya, langkah-langkah pencegahan perlu dititik beratkan seawal usia lagi. Kes yang mengejutkan berlaku dewasa ini apabila Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Madya Dr Oteh Maskon mengeluarkan kenyataan bahawa kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun, yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok. Hal ini menunjukkan betapa serius anjakan angka golongan yang mengidap penyakit ini.

Bagaimana kita memupuk generasi muda dalam mengutamakan kesihatan? dan bagaimana harus kita membawa persepsi masyarakat ke luar lingkaran dan pemikiran statik golongan masyarakat mengenai kepentingan kesihatan kardiovaskular?

Juga, bagaimana serta apakah gaya hidup masa kini yang menjurus kepada peningkatan kes ini dewasa ini? dan apakah implikasi buruk terhadap golongan muda dalam jangka masa panjang?
Selain itu, kesedaran juga masih tidak mencukupi sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak dipraktikkan. Apakah langkah yang perlu disarankan agar golongan muda masa kini dapat mempraktikkan supaya dapat mengelakkan diri daripada berpotensi mengidap penyakit jantung? kongsikan pandangan dan pendapat anda di U-wartawan. Anda juga wartawan.

3 comments:

  1. askum..pada pendapat saya memang benar sekarang ni penyakit jantung tidak hanya menyerang golongan yang lanjut usia,dimana saya sendiri pernah terdengar akan cerita orang yang berumur dibawah 40an mati secara mengejut akibat serangan jantung.Pada saya faktor utama ialah cara pemakanan kita sendiri dimana pelbagai makanan segera yang wujud tanpa kita mengambil kira berapa kandungan bahan²tertentu yang sepatutnya diadun,dan cara pemakanan kita juga dimana pantang jumpa kita akan sapu tanpa juga mengira kadar kolestrol dan sebagainya.Faktor penjagaan diri juga kita abaikan dimana senaman tidak dilakukan setimpal dengan pemakanan yang kita ambil seharian.
    TErlalu banyak juga bahan kimia yang digunakan dalam makanan seperti bahan untuk menahan lama tarikh luput makanan sebagai contohnya..

    ReplyDelete
  2. Masalah merokok dikalangan pelajar sekolah pada hari ini sudah sampai ke tahap kritikal. Terlalu terbuka.

    "JAUHI ROKOK" merupakan salah satu daripada agenda Kementerian Pelajaran. Terdapat juga pelbagai badan lain yang berganding bahu untuk menghasilkan iklan serta kempen JAUHI MEROKOK. Impaknya hanya kepada orang yang tidak merokok.

    Kepada yang merokok, tidak menjejaskan langsung. Kotak rokok letak gambar penyakit, pun tidak dihiraukan. Harga rokok makin naik, pun tidak mereka peduli. Mengapa? Kerana mereka mahukan pengiktirafan bahawa mereka telah dewasa.

    Fenomena ini nampaknya tidak dapat dibendung. Sebenarnya sekali lagi pihak sekolah terutamanya guru mampu memainkan peranan.

    Guru mampu mempengaruhi minda pelajar sekiranya mereka benar-benar menjiwai tanggungjawab bahawa mereka perlu menghindarkan rokok dari pelajar mereka.

    Tetapi ternyata mereka gagal. Kita ambil contoh berhubung agenda "JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA". Mengapa kita masih boleh nampak sampah dibuang oleh pelajar dari bas sekolah berwartna kuning tersebut? Anda pernah melihatnya? Kalau tak pernah, cuba follow bas sekolah warna kuning lepas mereka ambil pelajar. Maksudnya, guru gagal memastikan pelajar mereka benar2 menguasai apa yang hendak disampaikannya.

    Begitu juga dalam hal merokok, sekiranya guru-guru dapat memastikan kaedah penyampaiannya berhubung keburukan merokok diterima pelajar, insyallah persoalan pelajar merokok dapat diminimakan.

    Mungkin ada yang memprotes mengatakan ibubapa juga patut terlibat. Memang benar. Benar sangat. Tapi guru mempunyai kemampuan menyampaikan dengan lebih baik kerana mereka belajar psikologi. Ibubapa ramai yang hanya tahu memarahi dan memukul.

    Kalau dapat berganding bahu, memang seronok tapi malangnya ia tidak akan menjadi kenyataan. Maka para guru perlu memikul amanah ini.

    Tapi sebelum itu, guru juga harus ada integriti... Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

    ikhlas,

    http://reformasimindaguru.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. REDAKAN ISU PEGGUNAAN NAMA ALLAH….

    Isu ini hangat dibahaskan sekarang akibat keputusan mahkamah. Proses mahkamah belum habis lagi. Bersabarkan menunggu entah bila akan tamat. Apa sahaja desakkan orang ramai, saya khuatir apa keputusan Mahkamah Persekutuan nanti. Apa sahaja keputusannya akan tentu tidak puas hati di satu pihak Bagi menenangkan keadaan ,untuk tindakan terdekat, kerajaan mestilah melarang semua bentuk perhimpunan, tunjuk bantahan dan tindakan jenis-jenis yang serupa. Saya harap pihak yang semangat berkobar-kobar hentikan membuat laporan polis,ini kerana laporan awal telah di buat, tak payahlah menyusahkan polis dengan membuat laporan lagi. Pihak yang memimpin persatuan nasihatkan anak buah ini

    Walinong Sari Isnin 04/01/2010

    ReplyDelete