Monday, March 15, 2010


SEBAIK saja seorang anak dilahirkan ke dunia, pertama dan paling utama diperlukan ialah dapat menghuni di sebuah rumah yang selamat dan terjamin serta bebas daripada keganasan di samping, mempunyai ibu bapa menyayangi dan melindunginya.Hakikatnya, dalam usia masih belum mengerti apa-apa, setiap kanak-kanak memerlukan rutin kehidupan yang stabil supaya apabila berlaku sebarang kucar kacir dan tidak diduga di dunia luar, rumah masih menjadi tempat paling selesa, selamat serta sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Namun, dalam dunia hari ini tidak semua kanak-kanak mengecapi semua itu. Setiap tahun, beratus-ratus daripada berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia terdedah kepada keganasan rumah tangga di dalam rumah. Bagaimanapun, setiap hari berjuta-juta kanak-kanak berdepan dengan keganasan. “Kanak-kanak menjadi mangsa keganasan fizikal, psikologikal dan penderaan seksual di rumah, sekolah, institusi, di jalanan, situasi di tempat kerja, konflik undang-undang dan di mana-mana. Semua keganasan terhadap kanak-kanak tidak diterima tetapi sedihnya, keganasan dilakukan oleh orang dewasa yang diamanahkan menjaganya. “Keganasan berlaku di sebalik pintu rumah tertutup rapat yang juga sepatutnya, menjadi tempat paling selamat untuk kanak-kanak itu.

Kejadian seperti ini sudah tentu berlaku dalam diam dan satu bencana keganasan terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan di dalam rumah bukan saja dilakukan oleh ibu bapa kandung tetapi juga keluarga angkat atau ibu bapa tiri, datuk dan nenek, adik beradik, saudara mara, penjaga serta pengasuh dan jiran. “Lazimnya, keganasan terhadap kanak-kanak di rumah begitu sukar dikesan. Kejadian seperti ini kurang maklumat kerana kebanyakan keganasan di dalam rumah tidak dilaporkan.

Kanak-kanak terbabit mungkin menderita dan kesannya boleh jadi tidak begitu teruk atau boleh membinasakan masa depannya.Apa yang berlaku di depan mata mungkin turut menyebabkan kanak-kanak itu berasa rendah diri dan mudah terdedah dengan gejala sosial tidak sihat seperti pengambilan dadah dan alkohol. Kehidupan rutin dan normal yang perlu dinikmati dalam usia kanak-kanak. Khidmat sokongan diberikan bagi memenuhi keperluan mereka. Dididik bahawa keganasan rumah tangga adalah salah dan diajar cara yang tidak membabitkan keganasan untuk mengatasi konflik.

Orang dewasa bersuara dan membongkar apa yang berlaku. FAKTA Tindakan yang boleh dilakukan untuk menangani masalah kanak-kanak menjadi keganasan rumah tangga: Tingkatkan kesedaran kesan terhadap keganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak. Wujudkan polisi awam dan undang-undang yang dapat melindungi kanak-kanak. Tingkatkan perkhidmatan sosial yang dikenal pasti ada kesan terhadap keganasan di dalam rumah ke atas kanak-kanak.

1 comment:

  1. Salam,

    Artikel yang menarik. Saya sentiasa risau kepada sikap manusia pada zaman kini yang semakin lama semakin 'bernanah' sifat diri yang ada di dalam hati mereka. Tidak mengenal lagi tentang erti kasih sayang. Saya juga sentiasa mengingati diri sendiri tentang pentingnya kasih sayang kepada anak-anak kita, sebagaimana ibu bapa kita menyayangi kita semasa sejak dari di azankan lagi.

    www.cheritalah.blogspot.com

    ReplyDelete