Tuesday, April 13, 2010

MEB: Perspektif Anak Muda


Model Ekonomi Baru yang diumumkan baru-baru ini merupakan suatu anjakan dalam pemikiran pembangunan negara selepas Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan selama empat dekad. Ia dikatakan suatu landasan baru dalam mengerakkan pembangunan dengan cara dan kerangka berbeza sesuai dengan keperluan semasa.

Ia bukan persoalan mewujudkan suatu suasana ekonomi domestik tetapi turut menyediakan negara untuk terus berdaya saing pada tahap kecekapan tertinggi sesuai dengan pengisian untuk menjadi sebuah negara maju.

Beberapa isu yang dibangkitkan seperti perangkap ekonomi pertengahan memperlihatkan negara dalam situasi yang sukar apabila berada di dalam keadaan yang sukar apabila bersaing dengan negara maju dan ekonomi nilai tinggi, sedang pada masa sama tidak dapat bersaing secara cekap dengan negara yang baru membangun.

Persoalan yang dibangkitkan ini merupakan sebahagian daripada permasalahan dan penyelesaian yang perlu ditangani dan dicapai, dan sebagai anak muda, adakah anda mempunyai pemikiran yang lebih tajam dan bernas dalam menjawab MEB. Bagaimana anda mahu menterjemah suatu idea dan pemikiran di atas kertas menjadi suatu yang mampu laksana.

Selama ini anak muda, khususnya generasi muda masa kini dikatakan memiliki pendedahan dan keberanian menyuakan pandangan, lantas bagaimana MEB dilihat melalui pemahaman anak muda kerana model ini juga merupakan masa depan mereka.

Jika anak muda hari ini masa depan negara, maka model ini merupakan satu asas untuk mereka mengukuhkan asas ekonomi dan memperteguhkan diri untuk bersaing dalam negara dan juga antarabangsa. Atau jika benar, anak muda mempunyai pemikiran analitikal dan kritis, maka mereka perlu berupaya mencambah pemikiran dalam memberi tafsiran kepada MEB dan mengambil model ini untuk manfaat diri dan menggilap upaya diri.

Zaman untuk kita disuap dan disogok dengan pelbagai bantuan dan subsidi perlu dikikis dan dibuang kerana cabaran masa akan datang memerlukan manusia yang berdaya saing atas nama merit dan kompetetif.

Atau anda, sebagai anak muda masih mencari sesuatu dalam MEB ini yang perlu ada dan wajib ada.

4 comments:

  1. nice blog... have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

    ReplyDelete
  2. MEB yg diumumkan oleh YAB PM adalah satu langkah yang tepat dalam merealisasikan gagasan 1 Malaysia... Model yg diperkenalkan ini merupakan 1 langkah berani dan sesuatu yang mencabar kepada goglongan-golongan muda.. idea2 dari anak-anak muda adalah amat penting dalam menjayakan MEB...

    ReplyDelete
  3. I have read the NEM via National Economic Advisory Council (NEAC) website.You can also download the pdf form available.

    In my perspective,Malaysia should set up a think tank movement (non -partisan) for young people to engaged and get involved.

    When i was studying and working in Australia,i joined a think tank movement of young people called "left right think tank".It is a not-profit organisation" aiming to connect and get young people to actively involved in public policy,current affairs,politics and voice out their opinions and concerns about things happening in Australia and the World.I was privileged to become an active member and went to most of their events and seminars.We should have a similar movement/think tank group of young minds here in Malaysia.

    Dear YAB Tan Sri Najib Tun Razak,if you are reading this,i really hope that the government should take this matter into serious discussion.

    Is about time that the country should invest in young people.We are the leaders of tomorrow!

    We need more future thinkers and future leaders for Malaysia.As a Gen-Y ,I would like to see myself someday being one of the leaders of this country.

    Together ,we can make our PM's vision to make Malaysia as a high-income nation a reality!

    ReplyDelete
  4. saya bersetuju dengan cadangan u-wartawan bahawa subsidi perlu dimansuhkan! tetapi bukanlah 100% kerana masih ada pihak/golongan yang memerlukan. mungkin subsidi minyak dikurangkan manakala subsidi gula mungkin ditarik serta merta atau diturunkan! perkara ini jika dilihat dari sudut positif, kerajaan dapat menggunakan lebihan wang yang ada untuk sektor yang lain manakala dari segi kesihatan pula, rakyat malaysia akan mula berjimat cermat hal ini akan membuatkan pengambilan gula dalam kalangan masyarakat malaysia akan turun! BUKANKAH ini satu perkara yang dapat membantu malaysia yang saya baca sebelum ini "tersenarai dalam top ten obesity!".
    .
    .
    .
    manakala jika difikirkan secara logiknya saya tahu! pasti akan ada suara-suara sumbang akan mengatakan saya hanya seorang remaja atau dalam erti kata lain belia tidak tahu menahu akan betapa payahnya jika tiada subsidi! tapi, jika dipupuk dari kecil betapa seronok dan asyiknya adanya subsidi bukankah apabila mereka besar, mereka mula lalai! percaya atau tidak jika ini berterusan misi malaysia untuk mengecapi negara maju dan melaungkan wawasan 2020 mungkin tidak tercapai jika terlalu bergantung pada kerajaan.
    .
    .
    .
    saya masih ingat semasa zaman keperitan iaitu zaman komunis dan penjajahan jepun! orang tanah melayu ditindas. kata cikgu saya, semakin orang melayu ditindas semakin mereka menjadi kreatif untuk menghadapi kepayahan! bukan kita tidak pernah hidup susah. cuma terlalu dimanjakan, saya sebagai rakyat malaysia juga khuatir bukan sekadar pada masyarakat malah pada diri saya apabila sudah dewasa nanti saya terlalu bergantung pada subsidi kerajaan!
    .
    .
    .
    secara tuntasnya, jika seorang manusia ingin menjadi dewasa mengapa perlu bergantung pada ibu bapa! dan jika seorang itu mahu menjadi masyarakat yang berdaya(mampu berdiri sendiri) mengapa perlu bergantung pada kerajaan!
    .
    .
    .
    p/s: bergantung itu tidak salah tapi bukan dalam peratusan yang tinggi!

    ReplyDelete