Isu Palestin merupakan masalah berpanjangan tanpa kesudahan. Walaupun banyak dalil atau hujah, termasuk mengaitkannya dengan ketentuan Tuhan, persoalannya, apakah kita hanya mahu berdiam diri tanpa berusaha.
Tegasnya, kita sebagai manusia sivil dan juga Islam harus berbuat sesuatu, paling tidak pun menyumbang sedikit wang atau menghulurkan doa untuk kebaikan sahabat kita di Palestin yang terus dihina di tanah tumpah sendiri sejak lebih enam dekad.
Jika melihat pada situasi semasa, semua akan tahu mengenai penguasaan Yahudi yang tidak dapat ditentang kerana hubungannya dengan Amerika Syarikat, tetapi itu bukan alasan untuk kita beralah dan hanya meletakkan kesalahan kepada kuasa besar ini, atau mengecam Yahudi dan negara Israel sahaja.
Perkara yang penting demi melihat Palestin akan terus bertahan adalah perlunya sokongan dan bantuan berterusan seluruh masyarakat Islam dan dunia yang mencinta keadilan dan kesakmaan, bahawa perjuangan Palestin dalam apa jua bentuk mesti berterusan, bukan bermusim atau tenggelam timbul.
Perkara penting adalah menyatukan seluruh umat dan negara Islam, mempengaruhi masyarakat dunia dan mengenakan tekanan terhadap negara Yahudi dan AS bahawa kekejaman dan ketidakadilan mereka tidak boleh diterima oleh dunia, bahawa mereka mesti bertanggungjawab terhadap perbuatan dan tindakan mereka selama ini dan membetulkan segala kesalahan dan kerosakan.
Emansipasi Palestin bukan anti-Yahudi atau Israel, tetapi ini adalah memberi hak kepada yang hak dan memadamkan kekejaman dan ketidakadilan yang dipaksa ke atas bangsa lain.
bagusnya rakyat malaysia ye..harap-harap negara dan rakyat kita tak ikut perangai yahudi atau di monopoli oleh orang yahudi..bila dah tahu perkembangan mereka tu..pastinya mereka ingin melabur pula dinegara kita...lagipun mereka ni lebih pandai dari kita rakyat malaysia...
ReplyDelete