Tuesday, March 1, 2011

Transformasi Pengangkutan Awam Darat



Kemelut pengangkutan awam darat di sekitar Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Cheras, Gombak, Ampang, Batu Caves antara lainnya amat menguji keupayaan pihak berkuasa dalam mengurus, mentadbir, menyelia dan merungkai permasalahan ini secara tuntas.

Tidak ada penyelesaian dalam erti kata sebenar anda tidak ada satu penyelesaian menyeluruh dalam isu ini, yakni, ia merupakan suatu pakej lengkap yang saling menyokong untuk memastikan setiap langkah yang diambil akan memberi pulangan setimpal dengan pelaburan wang yang dibayar.

Membaiki sistem pengangkutan aliran ringat seperti LRT Putra dan Star misalnya, perlu diseiringkan dengan pembaikan dalam sistem pengangkutan komuter, bas dan teksi bagi menjadikan seluruh rangkaian pengangkutan awam mencapai kecekapan yang tinggi.

Pembangunan dan pemodenan itu tidak semestinya dengan membina landasan aliran ringan deras, tetapi, bagaimana suatu rangkaian atau jalinan pengangkutan awam ini dibangunkan bersepadu dan saling melengkapi dengan keupayaan dan kecekapan optimum.

Kita boleh merujuk negara seperti Hong Kong, Singapura mahupun Jepun atau Beijing, tetapi pada akhirnya, kita juga perlu membangunkannya mengikut keperluan demografi dan mobiliti penduduk di sekitar Lembah Klang.

Selain melihat Lembah Klang, kita juga perlu melihat kepada skala yang lebih besar dalam konteks pembangunan sistem pengangkutan awam darat negara, kerana, pada hakikatnya, pengangkutan awam darat di luar Lembah Klang seperti Pulau Pinang dan Johor Bahru berdepan dengan masalah yang mendesak berikutan proses urbanisasi. Lantas, apakah kita mempunyai kupayaan dan kesungguhan untuk membangunkannya, demi memastikan penduduk di tempat terbabit mendapat kemudahan pengangkutan awam darat yang cekap.

Bagaimana pula dengan bandar-bandar lain, pinggiur-pinggir bandar dan luar bandar yang sering menjadi rungutan para pengguna. Antara yang lazim ditemui, mengapa dan kenapa perkhidmatan seperti bas dan teksi amat lemah, yakni masa menunggu yang terlalu lama, atau keadaan teksi yang amat daif. Juga, selesa dan sesuaikah pengangkutan awam ini untuk membawa penumpang daripada satu tempat ke destinasi.

Apabila melihat kepada keperluan dan tuntutan skala pembangunan yang besar itu, sekali lagi, kita wajar memikirkan bahawa penyelesaian dan pembangunan tuntas perlu dilakukan secara menyeluruh berdasarkan keperluan demografi negara.

3 comments:

  1. Melebarkan jalan di johor bahru kini pesat dijalankan untuk menyaingi jalan-jalan yang ada di singapore.

    ReplyDelete
  2. Salam bahgia semua,seperti yang kita semua telah lihat bagaimana permasaalahan ini timbul. Kerajaan wajib mengambil langkah penyelesain yang meletak kepentingan awam melebehi kepentingan syarikat2 tertentu yang cuba mengambil peluang dari masaalah yang telah sekian lama dilalui baik penduduk tempatan mahu pun pelancung/'business man' asing yang tiba kenegara kita. Perkara yang mudah dilihat ialah Industri Teksi dinegara kita. Kemukakan disini sebagai perbincangan apakah masaalahnya? Dari pengamatan saya masaalah timbul bila kita meletak kepentingan syarikat2 pengusaha teksi melebihi kepentingan pengguna teksi? Ayuh mari kita olah bersama. mataziz

    ReplyDelete
  3. merancakkan pembangunan bagi perkhidmatan pengangkutan awam jugamungkin akan membantu menyelesaikan masaalah kesesakan lalu lintas sekitar KL.....



    Visit us on http://anak-perak-online.net/

    ReplyDelete