Wednesday, April 27, 2011

Budaya membaca Rakyat Malaysia



Ikuti perbincangan topik ini pada 29 April @ 10 mlm di Astro Awani, Saluran 501 yang akan menilai budaya membaca rakyat Malaysia hari ini. Apakah rakyat Malaysia sekadar membaca di sekolah dan institusi pengajian tinggi dan tabiat itu ditinggalkan terus selepas memasuki alam pekerjaan. Bagaimana pula peranan ibu bapa dalam perkara ini, yakni mereka menjadi contoh kepada anak-anak dalam memupuk budaya membaca. Juga sangguhkah ibu bapa berbelanja sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak mereka.



Bagi para penerbit dan penulis, sejauhmanakah hasil karya dan penerbitan mereka mampu menarik khalayak dan juga, sesuaikah ia dibaca oleh rakyat Malaysia, atau masih lagi rakyat disogokkan dengam pandangan, susahnya mendapat bahan bacaan yang bermutu.



Selamat membaca kepada rakyat Malaysia!

4 comments:

  1. Satu Topik yang amat mencabar bagi masyarakat Malaysia. Membudayakan Membaca. Entiti masyarakat itu terbentuk dari individu individu yang kita boleh terma kan(term as) sebagai pasangan suami isteri.Dua individu asas kepada sebuah keluarga, sebuah jiran tetangga,sebuah perkampungan dan seturusnya sebuah masyarakat,apa pun kaumnya. Kumpulan2 masyarakat ini akan terbentuk sebuah negeri dan negara seterusnya. Kenapa kita semua perlu melihat dari faktor asas kepada kejayaan cita cita murni negara untuk membudaya/mentabiaatkan perbuatan membaca? Kerana dari dari faktor asas inilah akan terunjur dan terbentuk sebuah negara yang sangat minat membaca.
    Peranan faktor keluarga AMATLAH PENTING KEARAH MENENTUKAN KEJAYAAN MURNI INI. (THE SUCCESS FACTOR).
    Usaha usaha seterusnya harus bermula dari titik kecil ini yang boleh kita mulakan dari sebuah institusi keluarga yang baru ditubuh. Suami dan isteri harus memulakan tabiat baru ini dengan memilih pelbagai tajuk buku buku yang terdapat dalam pasaran sekurang2nya buku yang mungkin bertajuk; Panduan Membina Sebuah Keluarga Bahagian, Panduan BerSuami/BerIsteri dan macam2 lagi tajuk buku berhubung kejayaan sebuah institusi keluarga. Disini harus harus diperkukuhkan dengan sokongan Kerajaan supaya perkara ini sentiasa berterusan dari semasa kesemasa.
    Pandangan saya, Ibu yang mengandung adalah titik terbaik untuk meletak asas kepada pembinaan tabiaat membaca kepada bayi yang akan dilahirkan. Insentif minimum kepada ibu ibu yang mengikut program membaca bulanan yang mungkin boleh disusunatur di pihak Kementerian Kesihatan dan Perpustakaan Negara sewaktu pemeriksaan rutin bulanan. Satu CADANGAN. mataziz (mat_aziz@hotmail.com), flat sr sabah 3B

    ReplyDelete
  2. Saya tertarik dengan topik hari ini. Saya sebagai seorang mahasiswa mengakui, budaya membaca masih kurang di kalangan pelajar lelaki.

    Saya pernah terbaca mengenai statistik buku di baca oleh rakyat Malaysia dan di bandingkan dengan beberapa buah negara maju. Statistik tersebut menyatakan Rakyat Malaysia membaca 3-5 buah buku setahun. Manakala Beberapa negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain, rakyat mereka membaca 40-50 buah buku setahun.

    Tetapi saya tertarik dengan kaedah budaya membaca ketika di sekolah menengah yang mana setiap hari ketika perhimpunan, kami di wajibkan membawa bahan bacaan dan 10 minit di berikan kepada semua pelajar untuk membaca bahan masing2. Sesi tersebut dinamakan bacaan senyap.

    Saya rasa sesi bacaan senyap ini perlu di lakukan di setiap sekolah seluruh negara.

    Hal ini kerana, budaya membaca perlu di pupuk sejak dari kecik. Pepatah ade mengatakan, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.


    ini adalah antara novel yang menjadi buruan para remaja. Novel cinta yang hangat di pasaran. | ! !shahjiehan [dot] com ! !

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang blogger, saya perlu membaca banyak bahan bacaan. Jika bahan yang saya baca itu menarik, maka saya kongsikan bersama para pembaca blog saya.


    sekadar berpendapat.. Alhamdulillah, saya tengok sambutan pesta buku yang sedang berlangsung dapat memupuk minat membaca di kalangan remaja dan semua lapisan masyarakat. Di harapkan pesta buku ini di adakan lebih kerap di seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Kini banyak buku karya rakyat tempatan, malah terdapat beberapa blogger yang telah berjaya menerbitkan buku, contohnya Saifulislam.com. & langitilahi.com kedua-duanya menerbitkan buku berunsurkan islam. Syabas dan tahniah diucapkan.

    Saya juga pernah membaca sebuah novel hasil karya Hlovate. Penulis tersebut tidak mahu mendedahkan identiti beliau. Malahan hasil karya beliau memberikan impak yang positif kepada para remaja. Hebat! ..novel tersebut agak santai dan gila-gila tetapi beliau menyelitkan unsur-unsur islamik.

    ReplyDelete