Ada jiran di kampung saya mempunyai cara mudah untuk menjimatkan bil elektriknya. Amat mudah, iaitu dengan tidak memiliki barang elektrik, kecuali lampu. Itu pun tidak digunakan sangat sebab keluarga ini jadi macam ayam - kalau gelap malam, mereka semua masuk tidur dan bil elektrik bulanan mereka hanya beberapa ringgit, dan tidak melebihi RM5 atau RM6. Itu cerita lebih 20 tahun dulu bagaimana jiran ini menjimatkan wang.
Hari ini, dalam kehidupan serba moden dan anda tidak mungkin akan masuk tidur serentak dengan ayam - masuk tidur apabila gelap malam berlabuh - pastinya bil elektrik anda menjadi satu persoalan besar dalam pengurusan kewangan setiap bulan. Jika anda hanya menggunakan lampu untuk menerangkan rumah dan menggunakan elektrik untuk menonton televisyen dan mendengar radio, juga untuk peti sejuk, anda mungkin hanya berbelanja RM60 hingga RM80, atau lagi kurang.
Tetapi jika anda mempunyai unit penyaman udara, dan hampir setiap malam menggunakannya untuk anda dan sekeluarga tidur selesa, maka pastinya bil anda mencecah angka ratusan ringgit, dan mungkin mencecah ribuan ringgit.
Persoalannya, mampukah anda melakukan langkah penjimatan bagi memastikan bil elektrik anda pada tahap terendah dan tidak menyebabkan dompet anda "terkopak" - jika anda berasa ia amat tinggi dan apakah yang anda mahu lakukan. Mungkinkah anda mengambil langkah dengan mengurangkan penggunaan lampu, tidak menjerang air menggunakan cerek elektrik, tidak menonton televisyen dan mengurangkan penggunaan penyawan udara.
Sekali lagi, berupayakah anda melakukannya dengan menyeimbangkan dengan keperluan dan mengelakkan pembaziran atau penggunaan yang tidak perlu.
Bagi sesetengah pihak, mereka mungkin memilih atau menukar barang-barang elektrik yang menjimatkan penggunaan elektrik sebagai langkah penjimatan. Selain itu, sejauhmanakah penjimatan atau pengurusan penggunaan elektrik yang cekap memberi impak kepada kewangan keluarga, syarikat pembekal dan juga kerajaan. Hakikatnya, anda sebagai pengguna memainkan peranan besar dalam isu bil elektrik ini, jadi bagaimana anda menggunakannya, maka itulah harga yang dibayar.
Ikuti perbincangan berkitar aspek ini dalam U-Wartawan (Astro Awani, Saluran 501) yang membincangkan topik Bil Elektrik dan Amalan Kecekapan Tenaga pada hari Jumaat, 8 April 2011 pada pukul 4 ptg dan ulangan pada hari Sabtu pukul 6 pagi dan 1.30 tengah hari.
tidak mustahil untuk menjimatkan tenaga elektrik dan sy telah membuktikannya... apa yang penting, luangkan masa untuk mencari maklumat dan disiplinkan diri untuk mengamalkan tis-tips penjimatan tersebut
ReplyDeletehttp://nitestalkerz.blogspot.com/2011/04/mampukah-kita-menjimatkan-elektrik.html