Tuesday, January 5, 2010

Merealisasi Malaysia Inovatif 2010.



Topik U-Wartawan pada kali ini akan berbincang mengenai Malaysia inovatif dan kreatif 2010 yang bakal menjadi topik dan isu utama sepanjang tahun ini. Inovasi membawa erti mengubah, dan memperbaharui yang berkait rapat dengan aktiviti mereka cipta sesuatu idea baru yang membawa kepada suatu transformasi yang berbeza daripada biasa. Inovasi di Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat yang melahirkan ramai pakar yang menjadikan sumber inovasi dan kreativiti sebagai salah satu faktor terpenting dalam sektor pembangunan negara. Sebagai contoh, pembangunan perisian Microsoft, bioteknologi dan teknologi canggih I-Phone dan alat perhubungan komunikasi lain dan sebagainya.

Oleh kerana sumbangan yang besar dan potensi yang boleh diaplikasikan oleh bidang ini, Baru-baru ini, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) telah mewar-warkan tahun 2010 sebagai tahun inovatif dan kreatif bagi menggalakkan masyarakat menceburi bidang ini dan menjadi penyumbang pembangunan negara. Selain itu, bajet 2010 yang diumumkan baru-baru ini turut memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi yang berasaskan bidang inovasi dan kreatif dalam negara.

Apakah bentuk cabaran yang bakal negara berdepan dalam merealisasikan matlamat ini memandangkan Malaysia masih dikira ‘baru’ dalam mempelopori bidang ini dan apakah pendekatan terbaik yang boleh diaplikasikan oleh semua pihak terlibat bagi melancarkan perjalanan kempen ini sepanjang tahun ini? Juga kongsikan, apakah kesan UTAMA yang bakal kita hadapi sekiranya negara ini tampil gah dalam mempelopori bidang Inovasi dan Kreativiti pada tahun ini?

Kongsikan di U-Wartawan, anda juga wartawan.

2 comments:

  1. Kempen Malaysia Inovatif 2010 yang dipelopori oleh MOSTI hanya akan berjaya untuk memupuk sikap dan budaya berlandaskan inovasi dan kreativiti dikalangan rakyat jika para cendekiawan, kakitangan kerajaan serta pihak swasta bekerjasama untuk merubah "mindset" atau minda masing masing kepada yang sesuai dengan aliran dan keperluan zaman global.

    Jika masih lagi mempunyai "mindset" atau minda yang tidak inovatif dan kreativiti dalam mana2 aspek sekalipun, maka kita akan tetap berada ditakuk lama.

    Oleh itu amatlah penting pegawai kerajaan dan semua pihak untuk bersedia menyahut cabaran memimpin rakyat Malaysia menuju kepada perubahan atau transformasi besar besaran dengan memupuk budaya inovatif dan kreatif dikalangan kementerian, agensi dahulu agar warga Malaysia skan dapat disokong dan dipimpin untuk berkembang maju seterusnya mencapai matlamat menjadi negara ekonomi berlandaskan pengetahuan serta berpendapatan tinggi.

    Tiada gunanya jika diadakan berbagai kempen diseluruh negara untuk membangkitkan kesedaran akan pentingnya budaya inovasi dan kreativiti jika semangat untuk berubah dan maju masih lemah dikalangan pegawai kerajaan.

    Oleh itu adalah amat penting budaya dan kesedaran ini disemai dikalangan pegawai kerajaan dahulu kerana mereka merupakan agen perubahan masyarakat untuk memastikan kegemilangan negara Malaysia yang tercinta.

    ReplyDelete
  2. Welcome to Malaysia Technology Expo2010. ( 4 - 6 February 2010 ), PWTC, KL.

    www.mte.org.my

    ReplyDelete