Bagi kebanyakan umat Islam, isu halal atau tidak halal merupakan perkara sensitif, apatah lagi ia bersangkutan dengan "apa yang masuk ke dalam badan dan menjadi darah dan daging." Daripada sudut komersial, halal dilihat menjadi satu strategi perniagaan, terutamanya dalam perniagaan membabitkan makanan, tanpa tanda halal bermakna hilang pelanggan.
Bagaimanapun dalam dunia memburu kesenangan dan kejayaan dalam perniagaan, logo halal menjadi korban apabila disalahguna atau diperoleh secara mudah tanpa mengikut prosedur operasi yang ditetapkan. Terdapat beberapa contoh yang didedahkan dalam media menunjukkan bagaimana pengilang menggunakan logo halal yang boleh dibayar tetapi keadaan produk dan kilangnya sungguh menjijikkan. Apakah yang kita boleh lakukan dengan permasalahan ini selain daripada mendenda dan mengheret pihak tidak bertanggungjawab ini ke mahkamah? Menutup kilang mungkin salah satu pilihan.
Bagaimana pula kuasa yang ada pada Jakim dalam menguatkuasakan undang-undang halal, dan begitu juga sistem perundangan dan mekanisme teknikal yang ada dalam melaksanakan misi halal. Ini perkara yang perlu diselesaikan secara tuntas memandang, sejak sekian waktu kerajaan telah berusaha menjadikan Malaysia sebagai hab halal.
Kita harus bertindak tegas dan tanpa kompromi dalam isu halal ini supaya tidak diperlekeh atau diambil mudah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini, misalnya menggunakan tanda halal sewenang-wenangnya tanpa mendapatkan kelulusan dan mengikut prosedur halal, dan sijil dan pengesahan halal yang boleh diterima dalam negara ini juga perlu daripada satu pihak iaitu Jakim atau mana-mana badan yang diberi tangggungjawab pada masa akan datang.
Dewasa ini halal seolah-olah menjadi pameran perniagaan tanpa dapat dipastikan kesahihan statusnya dan ini sudah tentunya suatu yang amat mengganggu pihak berkuasa perlu bekerja dengan lebih kuat dan membawa suatu penyelesaian menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara ini.
Sudah sampai masanya, piawaian halal ini menjadi suatu kemestiaan kepada semua pengeluar produk dan perkhidmatan sebagaimana mereka perlu mematuhi piawaian-piawaian lain seperti kesihatan dan keselamatan serta piawaian SIRIM, misalnya. Sewajarnya, selepas ini tidak ada pertikaian seperti yang dibangkitkan bahawa jika produk atau perkhidmatan itu diusahakan oleh orang Islam, maka ia sudah mematuhi piawaian halal kerana soal halal tidak terbatas pada bersihnya sesuatu produk atau perkhidmatan daripada unsur babi atau ayam, lembu, kambing atau binatang lain disembelih mengikut kehendak Islam semata-mata.
Setuju dgn pandangan tuan. Masalahnya skrg, kerajaan malaysia dan jakim hanya menumpukan fokus terhadap logo semata2. Sy cadangkan, tiba masanya kita perlu memberikan pendekatan baru dalam perkara halal ini. Selain logo, pihak kerajaan dan jakim perlu explore bagaimana utk selaras & seragamkan parameter proses halal. Perbincangan lanjut diperlukan.
ReplyDeleteTopik yang sangat bagus,kerana pada waktu sekarang pengguna sangat sensitif tentang isu halal atau haram sesuatu makanan atau produk.Sudah sampai masa nya pihak berkuasa ( JAKIM / JAIN )yang mengeluarkan sijil halal atau logo halal untuk membuat penseragaman mutu piawaian halal dengan menggunakan MS1500:2009!
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pendirian JAIS mengarahkan beberapa syarikat swasta supaya tidak lagi mengeluarkan sijil halal atau logo lagi di negeri Selangor.Saya berharap tindakan ini akan di ikuti oleh negeri-negeri lain pula.Secara tidak langsung akan mengurangkan kekeliruan kepada pengguna terhadap penggunaan logo halal dan dapat membuat penseragaman piawaian halal,dan memudahkan JAKIM atau JAIN membuat pemeriksaan atau pemantauan Halal.
Dan mengharapkan industry player supaya mematuhi piawaian halal dan amanah selepas premis mereka mendapat pengesahan sijil halal,dan tidak timbul lagi keadaan premis atau produk yang menjijikkan.
Sama-samalah kita mendoakan supaya AKTA HALAL diwujudkan secepat yang mungkin bagi memperkemaskan dan untuk memberi keyakinan kepada pengguna terhadap sesuatu produk apabila dilekatkan dengan logo halal MALAYSIA.
Saya ingin membuat teguran, logo halal yang admin upload dalam artikel adalah logo halal Jakim yang lama,awal tahun 2000 lagi tidak digunakan.Saya harap admin akan tukar kepada logo halal malaysia yang baru yang mengandungi perkataan 'MALAYSIA dalam bahasa Melayu dan Jawi bukannya JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA.
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan dan teguran.
ReplyDeleteAkta Halal takde dalam membantu dan menguatkan lagi usaha Jakim dan pihak2 lain untuk bertindak. Itu yang saya dapat dari satu wawancara Tv dengan PPIM. Pihak kerajaan sepatutnya sudah meluluskan Akta ini. Tapi sampai sekarang tidak tahu apa ceritanya. Ini yang menjadi faktor dan kekangan utama dalam menguatkan lagi tindakan jakim dan lain2nya.
ReplyDeletejika kita lihat di Pasaraya-pasaraya atau dikedai masih banyak terdapat logo halal yang tidak seragam.Tiadanya keseragaman logol halal mungkin akan menyebabkan para pengguna islam akan keliru untuk mencari barangan HALAL.Pihak berwajib mesti mengambil pendirian tegas akan hal ini
ReplyDelete