Berakhirnya Perang Dunia Kedua memperlihatkan juga nasib rakyat Arab Palestin sebagai pelarian di bumi sendiri, dan sejak sekian lama harapan untuk menyaksikan nasib mereka terbela semakin meruntun hati dan mencatat nota kecewa. Apakah ini nasib pancang tentang kekecewaan atau kegagalan masyarakat Arab dan dunia Islam dalam memperjuangkan nasib mereka.
Tentunya, dalam isu Palestin ini, kita tidak perlu berbicara tentang keadilan kerana ia sudah lama lesap, tetapi sebagai orang yang prihatin dan peduli, apakah yang boleh dan mampu kita sumbangkan.
Rasanya, sekadar berdemo setiap kali ada isu berkaitan Palestin dan kekejaman Israel, ia tidak memadai kerana sejak sekian lama, luahan asa marah dan benci terhadap bangsa Yahudi dan rejim Tel Aviv tidak pernah meninggalkan kesan atau perubahan positif. Ini bukan persepsi pesimis, tetapi dalam pelbagai usaha yang dilakukan terutamanya politik dan diplomatik, kita perlu memikirkan hemat dan cara baru dalam berdepan dengan keangkuhan dan kekejaman tegar bangsa Yahudi menindas rakyat Palestin dan mempermainkan masyarakat dunia.
Begitu juga, kita tidak boleh bergantung harap kepada Washington yang lebih merupakan kerbau dicucuk hidup wilayah bangsa Yahudi dan PBB seperti tidak mempunyai sebagai makna kewujudan dalam isu Palestin.
Sewajibnya, kita kembali kepada diri kita, sebagai umat Islam dan atas nama kemanusiaan sejagat untuk memikirkan dan menyalurkannya dalam bentuk tindakan, langkah atau cara untuk berdepan dengan kemelut ini agar rakyat Arab Palestin mendapat haknya - hak mendirikan negara sendiri yang merdeka, bebas dan bermaruah - juga memaksa bangsa Yahudi menerima hakikat bahawa tanah yang mereka duduki bukan hak mutlak mereka.
Demikian juga sekatan tidak adil ke atas wilayah Palestin - Gaza dan Tebing Barat - sewajarnya ditamatkan serta-merta dan tanpa syarat, serta menidakkan semua alasan rejim Tel Aviv yang kononnya melindungi kesilapannya. Ini juga merupakan salah satu isu penting dalam perjuangan Palestin selain mendapat tanah dengan status merdeka.
Namun sebagai warga prihatin, apakah input, idea, cadangan dan gagasan yang boleh kita salurkan demi Palestin, selain daripada bantuan material berupa bantuan perubatan, makanan atau pembinaan untuk warga Palestin khususnya di Tebing Barat. Mereka sudah lama dihina, ditindas dan menderita dan menanti pembelaan dan keadilan yang tidak pernah wujud dalam realiti.
saya berpendapat bahawa buat masa ini, Erdogon (PM Turki) merupakan contoh terbaik buat seorang pemimpin. Beliau denga lantang mengutuk dan memutuskan segala jenis hubungan diplomasi dua hala dengan negara penjajah tersebut. Beliau dengan tegas melampirkan 4 syarat untuk Israel memulihkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
ReplyDeleteSaya merasakan bahawa pemimpin negara harus mencontohi sikap tegas Erdogan tersebut. Begitu juga pemimpin negara yang lain. Mereka perlu tegas memulaikan dan menekan negara Rejim Zionis ini. Jangan hanya gah pada nama seperti Liga Arab atau OIC. Bertindak adalah jauh lebh penting dari nama yang memayungi anda.
Seperti semua sudah sedia maklum bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Tahniah saya ucapkan buat kerajaan Malaysia. Akan tetapi kita juga perlu tahu bahawa ekonomi negara mereka tetap saja mendapat dana. Jadi selaku rakyat yang perihatin, marilah kita sama-sama memboikot segala produk yang menyalurkan dana untuk rejim Zionis ini. Dan perkara peling penting adalah untuk terus konsisten memboikot peroduk tersebut hingga mereka tidak mampu lagi membeli minyak buat diisi kepada kereta kebal mereka, teruslah memboikot hingga mereka tidak mampu membeli peluru untuk menembak warga Palestin.
Boikot Zionis!
Perjalanan beribu batu bermula dgn langkah pertama. langkah pertama selalunya nampak remeh tp besar kesannya.
ReplyDelete~berhenti merokok
~solat berjemaah (ops, solat biar cukup 5 waktu ye)