Wednesday, February 23, 2011

Pengupayaan OKU



Dalam kita mengejar pembangunan dan kemajuan negara, sejauhmanakah kita ada dan mahu memikirkan, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan ORang Kurang Upaya (OKU). Saya tidak mahu memperkatakan, apakah yang patut atau perlu diberikan kepada golongan ini untuk kelangsungan hidup kerana, ia seumpama kita memberi sesuatu bahagian hidup kepada peminta sedekah.

Kita perlu mengubah paradigma pemikiran dengan memberikan suatu anjakan baru kepada golongan ini, yakni melihat mereka sebagai golongan yang mempunyai keupayaan dan kelebihan tertentu yang berbeza daripada orang lain, atau paling tidak setara. Melalui langkah begini kita sebenarnya memberikan mereka kepercayaan atas dasar bahawa mereka mampu. Kita akan melihat mereka dengan menilai sisi kekuatan yang mereka miliki untuk dimanfaatkan dalam pembangunan insaniah atau atau modal insan.

Dalam zaman serba penuh persaingan, kita tidak boleh menjadi pemberi ikan untuk memberi makan, sebaliknya memberi pancing untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup selagi hayat dikandung badan.

Lantas, apakah kita benar-benar bersedia dan mahu peduli bahawa golongan ini sewajarnya mendapat ruang kepercayaan kita, atau masih timbul lagi stigma negatif bahawa label OKU atau cacat ini telah membataskan keupayaan fizikal, malah mental.

Apa yang pasti pada hari ini, masih kedengaran suara songsang yang menidak, mahu pun membayangkan rasa memandang rendah terhadap golongan ini sehingga berterusan menyingkirkan mereka dalam kehidupan yang pasif dan semakin hilangnya mereka kepada sistem kemasyarakat. Masih ramai yang merintih biarpun untuk mahu hidup berdikari. Ramai yang memiliki kelulusan tinggi daripada IPT terus hidup dalam dunia kesedihan mereka apabila dinafikan peluang mendapat pekerjaan.

Bagi membincangkan topik Pengupayaan OKU ini, saksikan siaran langsungnya dalam rancangan U-Wartawan di Astro AWANI (Saluran (501) pada hari Jumaat, 11 Mac 2011, jam 10 malam. Anda dialu-alukan menyertai perbincangan dengan memberikan komen melalui platform yang disediakan, termasuk di blog ini.

7 comments:

  1. salam ziarah...!!

    shah nk tgk rancangan ini...

    ReplyDelete
  2. nak hantar pandangan kena melalui video sahaja ke?

    jom baca dan komen Rahsia Solat di Awal waktu.

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan golongan OKU memang jauh daripada kelompok masyarakat kerana masyarakat hari ini beranggapan bahawa golongan ini tidak mampu untuk berdiri sendiri termasuklah menyalurkan tenaga terhadap masyarakat dan negara..Kebanyakan golongan OKU juga tidak mampu untuk terus melanjutkan pelajaran meskipun tahap akademik mereka dalam kondisi yang cemerlang kerana kurangnya sokongan atau bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan.Pusat-pusat pendidikan dan latihan untuk golongan OKU perlu diperbanyakkan pelaksanaannya di setiap kawasan yang bersesuaian. Golongan OKU seharusnya tidak dipandang rendah oleh masyarakat kerana golongan ini mampu bersama-sama berbakti terhadap masyarakat dan negara sekiranya terus diberikan latihan dan pendedahan terhadap mereka bagi merebut peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
    Golongan OKU kurang mendapat peluang pekerjaan kerana kurangnya keutamaan pengajian yang diberikan oleh kerajaan dalam bidang yang mereka minati khususnya bidang kemahiran. Terlalu ramai golongan OKU yang cemerlang dalam bidang akademik namun keluarga mereka tidak mampu menghantar anak mereka ke tempat pengajian tinggi yang terlalu jauh dari kawasan tempat tinggal. Institut latihan dan kemahiran bagi golongan OKU perlu dilaksanakan di setiap kawasan yang menjadi tumpuan penduduk.

    ReplyDelete
  5. jika saya ingin nak mewakilli dan menyuarakan hasrat OKu tu bleh tak? kerana Aku ade kad OKu tdan pandai ber bahasa and menyuarakan hasrat OKU.

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    Saya cadangkan diketengahkan seorang oku penglihatan (totaly blind) yang mana aktif sebagai peguam di Kota Bharu.

    Beliau aktif dalam ngo dan ahli jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam Malaysia.

    Saya ada ikuti forum yang dianjurkan beliau di Majlis Peguam sempena hari hak asasi 2010 yang lalu.

    Email beliau mfcy76@gmail.com.

    Mohammad Terengganu.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Tahniah kerana mengadakan diskusi sebagaimana disiarkan. Semoga dapat ia diadakan secara bulanan untuk memberi ruang pendedahan kepada masyarakat perihal OKU.

    Mohammad Faizal Che Yusof,
    OKU Penglihatan.

    ReplyDelete