Berikut adalah topik yang akan dibincangkan oleh U-Wartawan yang bersiaran lima hari seminggu di Saluran 501 Astro Awani. Anda dijemput menjadi wartawan rakyat kami dengan menghantar rakaman video, mms, mel-e, faks, rakaman suara dan sms atau meninggalkan komen dalam laman ini.
30 Mac -
Generasi tidak mengundi: Betulkah banyak generasi muda hari ini banyak yang tidak mengundi atau tidak mahu membabitkan diri dalam proses demokrasi ini, dan apakah puncanya. Adakah ini merupakan sebahagian daripada fenomena global seperti yang berlaku di negara maju, AS dan Jepun.
31 Mac -
GMP dan PPSMI: Apa kata masyarakat mengenai dasar kerajaan ini. Apakah pilihan jika PPSMI dimansuhkan, atau ia diteruskan. Haruskah PPSMi ditentang dan atas sebab apa.
1 April -
Masyarakat tanpa tunai: Perkembangan dalam teknologi memungkinkan anda tidak perlu membawa wang tunai. Apakah wang plastik akan mendominasi kehidupan kita kelak dan bersediakah kita menghadapi perubahan hidup ini. Teknologi juga ada cacatnya.
2 April -
UMNO dari kaca mata rakyat: bagaimana anda melihat UMNO pada masa kini, Masihkah ia parti yang relevan dengan kehidupan masyarakat atau hanya entiti yang bergelut dengan permasalahannya sehingga memberikan imej negatif. Apakah UMNo akan senasib dengan parti seperti Parti Kongres di India dan Koumintang di Taiwan?
3 April -
Anak poligami: Pahit dan manis hidup sebagai anak kepada seorang bapa yang mempunyai lebih seorang isteri.
Meriahkan dunia kewartawanan negara dengan menjadi wartawan rakyat kami. Pandangan anda adalah suara rasa anda.