Wednesday, May 26, 2010

Keperluan nuklear negara


Ketika kerajaan membayangkan untuk memiliki loji nuklear sendiri, ternyata mencetuskan pelbagai reaksi, sama ada menyokong dan menentang. Namun, penelitian mendapati, lebih ramai yang menentang dan dengan alasan yang sememangnya sudah dijangkakan - iaitu soal keselamatan, dan isu ini dikaitkan dengan insiden Chernobyl, bekas Kesatuan Soviet.
Hakikatnya, ia merupakan insiden malang dan menjadi trauma panjang kepada manusia sejagat, malah Malaysia sendiri. Melihat kepada insiden tersebut, tentunya, banyak pengajaran yang diperoleh jika kita di Malaysia mahu mempunyai loji sendiri. Ya, sememangnya, aspek keselamatan tidak boleh dikompromi sama sekali dan setiap negara yang membabitkan diri dalam penghasilan tenaga nuklear melakukan prosedur keselamatan paling tinggi dengan kesilapan dan kecuaian sifar.
Apakah Malaysia memerlukan nuklear untuk keperluan tenaga pada masa akan datang? Apabila kita mengambil kira simpanan minyak dan sumber tenaga lain seperti hidro elektrik, maka alternatif paling dekat dan berkemampuan menampung permintaan yang tinggi pastinya tenaga nuklear.
Namun, sikap awal memperlihatkan ramai yang tidak senang dengan penggunaan tenaga nuklear, terutamanya mendirikan loji kerana kebimbangan malapetaka, misalnya jika berlaku kebocoran. Tetapi apakah ketakutan ini perlu menguasai diri kita selama-lamanya sehingga kita terus jumud dan ketakutan? Jawapan kepada ketakutan itu tentunya memerlukan kita mengusahakan alternatif lain, tetapi apakah yang terbaik, cekap dan tidak meninggalkan kesan kepada alam sekitar.
Bagi sebilangan orang, kenapa tenaga tidak sahaja dijanakan melalui air (membina sempangan) atau tenaga solar dan mungkin angin. Ia nampak mudah dan mesra alam tetapi berapakah keupayaan dan berapa besarkan alam sekitar diperlukan untuk menghasilkan tenaga untuk menampung keperluan.
Kita mungkin terlalu bimbang ancaman radiasi dengan gambaran yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki, juga Chernobyl, tetapi kita tidak pernah berasa terlalu takut dengan kerosakan alam yang dijana oleh bahan bakar fosil.
Sama ada mahu atau tidak suka, kita tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada memilih tenaga nuklear, atau paling tidak pun kita perlu mempunyai pengetahuan dan ilmu berkaitan penghasilan tenaga nuklear yang antara lainnya melibatkan proses pengayaan uranium. Pastinya, aspek penting dalam perkara ini adalah menguasai teknologi dan kita tidak boleh ketinggalan dalam hal ini.
Persoalan keselamatan pula kita boleh belajar daripada kelemahan era komunis Soviet dan yang jelas semuanya berlaku akibat kelemahan manusia selain daripada aspek kewangan, sedang banyak negara lain membangunkan teknologi nuklear mereka sehingga ke tahap pemprosesan uranium tahap tinggi tanpa mengabaikan serta memberi jaminan tanpa tolaransi bahawa tidak akan kecelakaan yang berulang.
Pada akhirnya, kita akan menentukan sendiri keperluan kita dalam penggunaan tenaga nuklear, membuat pilihan yang terbaik sama ada memilih untuk memajukan teknologi nuklear atau bersikap, tidak perlu selagi isu keselamaan menjadi hambatan.

4 comments:

  1. Jepun merupakan negara yang teruk mengalami musibah kesan langsung bom nuklear, namun melalui pendidikan tentang kebaikan tenaga nuklear maka masyarakat Jepun menerima tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik. Pendekatan yang sama boleh diambil untuk mendidik masyarakat kita. Saya percaya mereka yang anti-nuklear merupakan kelompok yang hanya melihat aspek keburukan sahaja. Sebagai masyarakat berilmu kita perlu menilai dengan secara rasional kebaikan sesuatu teknologi dan juga risiko yang ada bersamanya. Tidak ada teknologi yang tidak mempunyai risiko.

    Masyarakat sering ditakutkan dengan peristiwa Chernobyl 1986 oleh golongan anti-nuklear. Mengikut standard negara Barat reaktor Chernobyll tidak patut digunakan kerana terdapat banyak kesilapan rekabentuk keselamatan. Sebaliknya dalam insiden Three Mile Island di USA 1979, walaupun berlaku melt-down tidak ada bahan radioaktif yang tersebar ke alam sekitar dan tidak mengakibatkan kemalangan jiwa. Itulah perbezaan teknologi ketika dunia dibahagi kepada blok timur dan blok barat dalam suasana Perang Dingin. Namun pada masa ini teknologi reaktor Russia sudah jauh lebih baik sehingga Vietnam akan menggunakan rektor nuklear buatan Russia untuk penjanaan elektrik dalam masa terdekat ini.

    Semenjak kemalangan Chernobyll reaktor nuklear telah melalui perubahan teknologi dan pada masa ini reaktor yang sangat selamat atau dikenali sebagai Generasi-III sudah beroperasi di serata dunia. Rekod keselamatan boleh dicatatkan sebagai tiada insiden dalam tempoh 1200 tahun-reaktor.

    ReplyDelete
  2. menyentuh isu tentang keselamatan, ia adalah sesuatu perkara yang saya panggil sebagai ketidaktentuan bersyarat ( conditonal uncertainty)iaitu perkara-perkara yang diluar jangkaan berlaku setelah semua prosedur keselamatan awal telah dibuat.Dalam aspek ini,loji nuklear adalah releven dan masih boleh dibina di Malaysia.

    Walaubagaimanapun, dari segi keperluan untuk rakyat,adakah ianya releven? Dengan penduduk Malaysia baru mencecah 27 juta, keperluan tenaga berasaskan nuklear masih lagi di peringkat rendah dari segi permintaan.Perlukah kita bebelanja besar untuk membina loji sedangkan masih lagi ada rakyat Malaysia yang hidup dalam golongan miskin tegar? dimana golongan ini masih hidup berlampukan lilin berlantaikan kotak.

    ReplyDelete
  3. 1. Untuk mengatakan Rusia sebagai peneraju
    utama pembuat reaktor yang selamat dan
    berkualiti tinggi, mungkin adalah satu
    kesilapan. Peneraju utama sekarang adalah
    Korea Selatan yang menguna-pakai teknologi
    Amerika.

    2. Bagi sesetengah orang yg mengatakan,
    mesin x-ray yg terdapat dikebanyakkan
    kilang2 semikonductor juga mengunakan
    bahan nuklear, juga adalah satu kesilapan.
    Ini kerana seboleh mungkin, mereka tidak
    ingin mengunakannya! Contohnya, mesin x-ray
    jenama HP, Magnaflux, Softex dan juga jenis
    Scanning Electron Microscope, semuanya
    tidak mengunakan bahan nuklear. X-ray tube
    yg digunapakai mengunakan system
    "Bombardment of electron to anode" apabila
    "anode potential" ditinggikan.
    Kepenguna'annya hanyalah terhad kepada
    mengenal pasti ujudnya "voids" atau
    kepompong angin selain dari untuk mengamati
    keada'an "bonding wires" sama ada putus atau
    bersilang, atau tiada "bonding wires".

    3. Mengapa tidak dicuba hydro, tetapi dengan
    mengunakan air laut? Teknik digunapakai
    ialah "Falling Water". Konsep "Conservation
    and Reuse". Inilah dia "Future Energy" yang
    paling sesuai. Kita boleh jual konsep ini
    kepada negara2 berminat! Anihnya, kerana
    idea ini datang dari maanusia kerdil macam
    saya, ianya dipandang remeh.

    4. Saya telah cuba membawa IDEA ini kepada
    Cradle Fund Sdn. Bhd. dengan harapan
    menjualnya kepada yang berminat. Malangnya
    konsepnya tidak selari sebagaimana
    dihajatkan.

    ReplyDelete
  4. tenaga nuklear bagus lar

    ReplyDelete