Wednesday, May 19, 2010

Melahir Guru Cemerlang


Saban tahun sempena Hari Guru, pasti akan diadakan majlis menyampaikan anugerah kepada guru-guru yang diangkat sebagai cemerlang, pastinya, pengiktirafan itu dibuat berdasarkan penilaian kepada pencapaian di dalam kelas dan luar kelas.

Hakikat ini menunjukkan betapa profesion perguruan yang berdepan dengan pelbagai cabaran dan perubahan, amat penting apatah lagi apabila menghubungkaitkannya dengan usaha dan tugas membentuk dan melahir generasi yang diasuh dan terdidik.

Namun tantangan dan keperluan semasa memerlukan guru dan profesion ini sentiasa berubah sesuai dengan keperluan dan tuntutan zaman. Tuntutan ibu bapa terhadap pencapaian dan pendidikan anak mereka misalnya, tidak sama seperti guru ketika zaman penjajah atau semasa awal kemerdekaan. Ketika itu, guru digeruni dan dihormati dengan kuasanya terhadap murid dan pelajar boleh dianggap tinggi termasuk merotan.

Tentunya, keadaan itu tidak sama dengan hari ini, apabila kelebihan dan keistimewaan guru itu sudah tidak relevan dengan masa, maka cabaran dan beban tugas guru juga berubah, lantas untuk memenuhi cabaran dan beban itu, guru dan profesion pendidik juga seharusnya melalui fasa perubahan mengikut keperluan semasa.

Pastinya juga, pihak kerajaan, jabatan, ibu bapa, murid dan pelajar juga masyarakat sentiasa mengharap, para pendidik dapat menyumbang sesuatu demi kecemerlangan generasi yang dilahirkan oleh sistem pendidikan dan kerjaya guru ini. Dalam keadaan seperti ini, pastinya, cabaran dan beban yang menjadi tekanan juga amat besar untuk dipikul, tetapi apakah guru mampu melakukannya.

Maka, mungkinkah suatu hari nanti tidak ada stigma kerjaya perguruan ini menjadi pilihan terakhir selepas tidak ada "kerjaya lain" yang diberjaya dicapai, lalu mereka memilih untuk menjadi guru. Atau, dengan hambatan pelabagi kerenah dan masalah di sekolah, guru kita sekadar menjadi orang makan gaji, yakni bekerja untuk mendapat wang gaji, tanpa roh dan jiwanya.

Apa-apa kerjaya yang dilakukan tanpa roh dan jiwa tidak akan menjadi suatu yang melahirkan kecemerlangan, sama ada pada guru, dan pastinya murid dan pelajar. Hakikatnya, kerjaya guru memang memerlukan kecemerlangan bukan sekadar di kalangan seorang dua guru sehingga melahirkan seorang tokoh, tetapi demi kejayaan seluruh generasi, maka seluruh warga pendidik perlu menjadi guru cemerlang.

Selamat Hari Guru!

6 comments:

  1. Pada pendapat saya, profesion ini amat mulia dan perlu dipertingkatkan lagi tahapnya. Saya bukanlah seorang guru tapi saya melihat laluan peningkatan kerjaya guru masih jauh.Bila kita lihat perkhidmatan lain contohnya PTD, dalam masa kurang 5-6 tahun, ada yang sudah boleh ke M48 tetapi mengapa guru perlu tunggu sehingga 10 tahun untuk ke DG44? Selain itu, guru-guru yang berkhidmat di pedalaman perlu dibela. Kerajaan perlu mempertingkatkan lagi elaun kerana mereka terlalu jauh kemudahan untuk mendapat sesuatu. Zaman kita bercakap mengenai jalur lebar dan HSBB, mereka yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman, bekalan elektrik dan air belum tentu dapat dinikmati. Usahkan elaun perbatuan, jalan berturap belum tentu dapat dinikmati. Hanya sampan sahaja pengangkutan utama mereka.
    Selain itu skim baru iaitu DG42 perlu diperkenalkan kepada mereka yang berada di DG29 dan menyambung ijazah. Apabila mereka tamat belajar, mereka akan diletakkan di DG41 dengan satu anjakan gaji tetapi mereka tidak untung apa-apa kerana gred gaji DG32 lebih tinggi sehingga mencecah RM 500 perbezaannya dengan gred gaji DG41.Apabila diperkenalkan DG 42 dengan mata gajinya sama dengan DG32 atau menghampiri, barulah dikatakan gred kenaikan pangkat dan bukannya gred DG41 sebagai lantikan pertama.

    ReplyDelete
  2. Siapa yang cemerlang guru, pelajar atau pengurusan sekolah?
    Ukuran perlu tepat untuk mendapatkan keputsan yang tepat. Samaada ia kriteria, KPI atau ukuran, ia perlu sesuai digunakan untuk tujuannya.

    ReplyDelete
  3. KAT MANE GURU BERMASAALAH PERGI? DITUKARKAN.
    KEMANA? KE SEKOLAH ANAK ANDA ATAU KE KAMPUNG?PASAL TU ORG kg tak pandai yea. sesekali mereka tidak akan ditamatkan perkhidmatan guru. kecuali kes bunuh. percayalah. belum pernah dengar kes guru pukul budak, kes seksual diberhentikan.BELUM PENAH TERJADI! KERJAYA MULIA SAMA KES PADERI ROMAN.

    ReplyDelete
  4. Dalam pada kita memperkatakan tentang prasarana untuk guru, saya rasa kita perlu ingat bahawa kakitangan sokongan di sekolah juga memainkan peranan besar (yang juga merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk para guru).

    Ramai kakitangan sokongan yang tidak kompetitif menyebabkan guru-guru menanggung beban perkeranian yang tidak sepatutnya (contoh: menyiapkan laporan menggunakan perisian komputer seperti MS Excel).
    Mungkin para kerani juga perlu diupgrade.

    Apabila beban kerja dikongsi dengan cara yang sepatutnya, Insya Allah, guru2 akan dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran.

    ReplyDelete
  5. saya bukanlah seorang guru mahupun pernah menjadi tenaga pengajar! tapi saya ingin berkongsi sedikit. saya memang rapat dengan cikgu-cikgu disekolah, jadi saya masih teringat kata-kata guru saya semasa saya melawat mereka(waktu itu saya dah tamat sekolah!).
    .
    .
    .
    cikgu saya mengatakan bahawa macam mana mereka ingin fokus dengan mendidik pelajar 100% walhal mereka sibuk dengan kerja kursus pelajar, sains peka yang apabila tamat sekolah tergadailah mereka dalam tong sampah, seorang guru memegang banyak jawatan. jadi saya tidak tahulah jika ada pihak mengatakan sistem sekolah saya yang cacat! namun, hakikatnya bagi saya ini antara halangan dalam melahirkan guru yang berkualiti!
    .
    .
    .

    ReplyDelete