Pada 28 Jun, pukul 5.31 petang U-Wartawan akan membincangkan topik pemansuhan UPSR dan PMR yang dibangkitkan oleh Menteri Pelajaran minggu lepas. Sekadar lontaran cadangan walaupun dikatakan ia bukan suatu keputusan dan masih menunggu reaksi orang ramai.
Orang biasa mengatakan untuk maju dan bergerak ke depan, kita perlu berubah seiring dengan tempat, masa, keadaan dan persekitaran, dan hikmah itu mungkin menjadi landasan kenapa, sekali lagi pendidikan kita perlu dipinda. Bagaimanapun, ramai yang melihat cadangan ini tidak boleh diterima dengan alasan dan sebab yang boleh diterima akal, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kalau hendak berubah, makan sesuatu dilakukan.
Namun, harus diingat, maju dan bergerak ke depan dengan segala perubahan, status yang tidak berubah juga tidak menjadi menghalang, apatah lagi ia merupakan mekanisme terbaik dan sesuai kepada sistem dan pelaksanaan. Antara alasan yang diberikan oleh pihak yang tidak bersetuju adalah, jika peperiksaan awam dimansuhkan, apakah maknanya anak-anak pergi ke sekolah - seolah-olah bersekolah tidak mempunyai makna atau tujuan yang tertentu dan khusus. Jika dalam keadaan sekarang sistem persekolahan menghendaki peperiksaan awam seperti ini, gejala malas ke sekolah dan ponteng menjadi lumrah, apakah dengan tidak ada peperiksaan awam, gejala ini akan bertambah baik.
Itu antara hujah mudah yang dilontar dan terdapat pula yang mahukan, UPSR dikekalkan tetapi PMR dimansuhkan, juga dengan alasan masing-masing. Pada masa sama ada yang memilih untuk bersetuju supaya kedua-duanya dimansuhkan dengan menyokong hujah seperti sistem persekolahan dan pelajar terlampau dibeban untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Atau kita perlu memikirkan pilihan lain, misalnya, jika kita merasakan sistem peperiksaan tidak menambah kebaikan kepada pembangunan dan pembentukan pelajar serta kemajuan negara, maka suatu perubahan dan pembaharuan perlu dilakukan kepada sistem peperiksaan. Persoalannya, apakah perubahan yang mahu dilakukan.
tetapi ramai yang menyatakan bahawa, terlalu banyak perubahan dan pindaan dalam pendidikan negara sehingga anak-anak menjadi mangsa kepada ujikaji perubahan itu, dan perubahan seolah-olah seperti menukar maju - bila orang politik yang menerajui kementerian berkaitan berubah, maka ada sesuatu yang dilakukan atas nama perubahan dan pembaharuan.
Dalam hal ini, sekali lagi, kita sebagai masyarakat madani perlu memikirkan, apakah keperluan dan kewajaran jika ia dimansuhkan, atau jika mahu dikekalkan, apakah pemantapan yang perlu dilakukan, atau, kita kekal dengan keadaan yang ada. Sebab selama ini pun apa yang terhasil dan ada di depan mata juga merupakan hasil daripada sistem peperiksaan.
Salam Tuan,
ReplyDeletePro dan kontra memang pasti ada bila sesuatu cadangan itu diutarakan. Setiap cadangan yang baik perlu datang seiring dengan justifikasi kebaikan serta keburukan sesuatu perkara itu dilakukan.
Betul kata Tuan, bukan menolak kemajuan...cuma apa yang perlu dikaji oleh Kementerian terbabit ialah "Sudah bersediakah Rakyat menerimanya" samalah juga dengan isu pembelajaran subjek sains dan matematik da dalam bahasa inggeris...
Sekadar pendapat peribadi seorang rakyat biasa.
Pada pendapat saya peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan demi kebaikan pelajar dan sistem pendidikan. Jika kita imbas semula,ramai pelajar yang telah berjaya dalam UPSR dan PMR telah meneruskan kejayaan ke tahap IPTA, Matrukulasi dan sebagainya. UPSR dan PMR menjadi elemen penting dalam riwayat persekolahan. Jika peperiksaan awam seperti ini digantikan atau diubahsuai maka pendidikan dinegara kita akan dianggap sebagai tidak konsisten dan relevan.
ReplyDeleteDalam pada itu, jika peperiksaan awam yang penting seperti UPSR dan PMR dijadikan peperiksaan peringkat sekolah maka mutu peperiksaan tersebut akan dianggap rendah dan sekaligus para pelajar akan mengambil mudah dan secara spontan mengurangkan semangat untuk berusaha dalam pelajaran.
Seperti sedia maklum, Peperiksaan awam di negara kita di semak oleh para pemeriksa yang bertauliah dan menilai setiap kertas mengikut
skima dan telus kepada kehendak soalan yang ditetapkan tetapi jika peperiksaan tersebut dijadikan peperiksaan peringkat sekolah maka
banyak kekeliruan akan timbul dan guru-guru akan dipersalahkan dengan alasan yang tidak munasabah seperti tidak adil, pilih kasih dan
sebagainya oleh pelajar-pelajar atau ibu-bapa yang sememangnya berlaku sekarang sekadar peperiksaan semester mahupun ujian.
Maka kerajaan perlu meneliti semua aspek dan tidak perlu tergesa-gesa membuat perubahan hanya untuk kebaikkan segelintir pihak sahaja
Kerajaan perlu menggunakan kebijaksanaan pakar-pakarnya dalam menetapkan dasar untuk memansuhkan UPSR dan PMR ini. Kredibiliti kerajaan telah tercalar sewaktu mereka memansuhkan PPSMI.
ReplyDeleteKita tidak dapat memuaskan permintaan semua pihak. Terlalu banyak pro dan kontra dari pelbagai pihak. Yang penting fikirkanlah kepentingan generasi akan datang, iaitu pelajar-pelajar dibangku sekolah pada hari ini.
Pada pandangan saya UPSR dan PMR perlu dimansuhkan. Usia kemerdekaan negara baru 53 tahun tetapi kita perlu bersaing dengan negara maju. Untuk menjadi negara maju kita memerlukan sumber tenaga manusia yang hebat.
Permasalahan dengan graduan kita pada hari ini ialah mereka tidak kompetitif dalam berfikir. Ini menyebabkan kualiti pekerja berada ditahap membimbangkan. Saya melibatkan diri secara terus dalam bidang latihan inovasi untuk golongan dewasa. Saya memahami masalah sebenar yang berlaku dikalangan masyarakat negara kita. Mereka tidak mampu berfikir secara kritis dan kreatif.
Mengapa? Kerana sistem persekolahan yang menggalakkan kita menghafal untuk menghadapi peperiksaan. Maka berebut ibubapa menghantar anak mereka ke pusat tuisyen walaupun di darjah 1 kerana mereka hanya menginginkan anak-anak mereka menadapat keputusan yang baik.
Tanpa UPSR dan PMR, guru-guru mampu menjalankan aktiviti praktikal dimana kaedah ini lebih memudahkan pemahaman pelajar. Sesuatu aktiviti praktikal perlu mengambil masa yang lama untuk membolehkan pelajar benar-benar memahaminya.
Didalam menjana sumber tenaga manusia yang berketrampilan dan berkarisma, kebolehan mereka menganalisa dan membuat hipotesis bakal menjadikan mereka seorang yang hebat. Tetapi jika kita hanya belajar untuk lulus peperiksaan hasilnya ialah kita hanya menjadi seorang yang pandai tetapi tidak bijak.
Saya amat berharap kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran dapat membuat keputusan sendiri dan tidak berganjak dengan apa sahaja konsensusnya.
ikhlas,
http://reformasimindaguru.blogspot.com
Assalammualaikum,
ReplyDeleteSaya sbg seorang yang pernah menduduki kedua--dua peperiksaan diatas merasakan bahawa pemansuhan peperiksaan ini adalah tidak wajar. Hujah saya adlah seprti berikut:
1) pelajar harus diuji sejauh mana tahap IQ dan penerimaan pendidikan yang telah didudukinya sepanjang sesi persekolahan. Jadi, cara menguji terbaik adalah melalui peperiksaan.
2) dgn adanya peperiksaan, secara tak langsung, pelajar2 yang berminat akan lebih berasa tanggungjawab dan lebih berusaha utk menjadi yang terbaik untuk score peperiksaan. secara tak langsung, pelajar, diajar utk mengambil sesuatu secara serius dan bersedia sebelum menghadapi sesuatu.
3) apabila wujud nya peperiksaan, sifat untuk bersaing, dan cemburu untuk menaikan taraf diri lebih tinggi.
4) setiap kali habis peperiksaan, pelajar akan mempunyai target, dimana mereka mahukan diri mereka. biasanya, SBP atau Sekolah2 terbaik menjadi impian mereka.
5) peperiksaan dapat mematangkan fikiran para pelajar dan menyedarkan diri mereka akan penting nya ilmu dan menguasai ilmu.
insyaallah, peperiksaan dapat membina peribadi pelajar untuk menjadi lebih baik dan bersedia untuk bersaing dgn org2 lain.
Saya melihat pemansuhan UPSR dan PMR ini sebagai salah satu daripada proses yang diambil untuk menilai semula dan mempertingkatkan sistem pendidikan negara, yang mana sepatutnya telah dilaksanakan lebih awal lagi.
ReplyDeleteIsu sebenar bukan lah pemansuhan ujian , tetapi penilaian semula dan menggantikan kedua-dua ujian ini dengan bentuk ujian dan penilaian-penilaian baru yang seiringan dengan penggubalan suatu sistem pendidikan yang lebih 'holistik'.
Ujian-ujian UPSR, PMR dan SPM tidak melambangkan pencapaian sebenar pelajar-pelajar dan tidak lagi relevan di masa kini.
jika kita lihat sebenarnya pemansuhan upsr dan pmr ini adalah untuk menjimat kan kos. Tapi apekah kesan sebenarnya terhadap rakyat jika kita tidak dapat mengukur lagi tahap pendidikan pelajar di luar bandar dan di bandar. Bukan dengan pemansuhan tersebut pelajar dibandar akan lebih maju dan pelajar di luar bandar akan dipinggirkan terus.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletePendapat saya:
1)Pemansuhan UPSR dan PMR tak perlu. Biar pemikir barat fikir yang kita "overdid" dalam menguji keupayaan namun kebaikannya untuk negara kita dan juga agama. Sampai bila nak ikut rentak barat. Mereka lebih kepada hiburan. Biar orang timur yang kuasai ilmu.
2)PPMSI patut dikekalkan. Ibu bapa dan setengah pihak terlalu mengkritik tetapi yang belajar bukan mereka tetapi anak mereka. Sudah masa pemikiran kolot sesetengah pihak tentang media pembelajaran diketepikan. Zaman sekarang, ibu bapa terlalu manjakan anak sampai meletakkan semua kesusahan dan kesukaran belajar itu di sudut negatif.
3) Saya antara generasi tikus putih(1990) di mana kebanyakan sistem pendidikan dilakukan atas generasi saya seperti PTS dan PPMSI. Namun bagi kami dasar perubahan itu amat baik kerana kami diterapkan dengan pemahaman dan pemikiran yang rasional dalam menempuhi perubahan. Bagi saya mereka yang terlalu mengkritik perubahan pembelajaran terlupa satu konsep yang diterapkan oleh kerajaan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis.
4) Saya akui proses pembelajaran berteraskan peperiksaan(exam oriented) tidak rasional untuk dipraktikkan zaman kini. Malah dilihat kembali negara China yang terkenal dengan sistem ini suatu masa dahulu telah pun mengubah dasar mereka. Namun untuk mengubah persepsi exam-oriented amat mustahil memandangkan rakyat kita terutama Melayu kerap lupa dan tidak dapat menguasai ilmu dengan baik terutamanya bidang Sains dan Matematik, bangsa Cina dan India pula amat kurang dalam penguasaan Sejarah dan Bahasa Melayu. Jika ditimbang kira, selagi mana kerajaan belum mampu mengubah pemikiran dan pengusaan ilmu terhadap pelajar masa kini. Sepatutnya cara belajar itu ditukar... bukan teras pembelajaran itu..
5)Kredibiliti tenaga pengajar juga perlu dijaga memandangkan ramai tenaga pengajar yang mengambil mudah dalam proses pembelajaran dan juga pemarkahan.