Tuesday, June 23, 2009

Nilai Ekonomi Sampah

Topik U-wartawan 26 Jun







Sebuah syarikat tempatan, Greenbase Utama Sdn. Bhd telah menjadi yang pertama di dunia untuk menukarkan sampah sarap kepada petrol dan diesel. Bukan sahaja kertas dan kayu, plastik yang sukar dikompos juga boleh diproses menjadi minyak.
Penemuan teknologi baru ini sudah tentunya boleh mengurangkan tapak pelupusan sampah di negara kita, selain mendatangkan punca pendapatan baru yang menguntungkan.
Selain menjadi pencapaian membanggakan kepada anak tempatan, kejayaan tersebut membuka satu lagi penyelesaian kepada masalah pelupusan sampah. Malah penemuan ini juga menjadi sumber tenaga alternatif kepada sumber lain bahan bakar.
Pastinya juga teknologi dan penememuan ini akan meningkatkan nilai ekonomi kepada sampah yang selama ini dilihat sebagai bahan buangan dan usaha kitar semula dilihat sangat terhad kepada bahan tertentu.
Apakah ini merupakan penemuan terbaik kepada pelbagai jenis sampah dan buangan dan penyelesaian kepada banyak masalah pencemaran dan alam sekitar serta pada masa sama menyumbang kepada pendapatan golongan tertentu dan memberikan nilai tambah ekonomi.

4 comments:

  1. oh.bgosla.xda la smpah srap djdikn sbgai bhn buangan yg tiada gunanya.

    ReplyDelete
  2. Asalam..

    1. Tahniah pada Greenbase Utama Sdn. Bhd.

    2. Selepas ini bolehlah kerajaan mengkaji semula projek penswastaan pelupusan sampah ini.

    3. Di tempat saya ia amat memeningkan PBT kerana 90% dari aduan ketidakpuasan pelanggan kepada perkhidmatan PBT adalah masalah sampah tidak di angkut/kutip oleh Syarikat yang di lantik oleh Kerajaan Malaysia di bawah Dasar Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

    4. Semoga selepas ini,pengguna akan dapat menjual sampahnya sendiri kepada Greenbase Utama Sdn. Bhd. dan Kerajaan boleh lah tidak melanjutkan lagi Dasar penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

    ReplyDelete
  3. Pada saya sepatutnya negara kita boleh memiliki tempat kitar semula sendiri dan boleh menjimatkan pengimportan bahan mentah untuk menghasilkan pelbagai barangan dengan hanya perlu memanfaatkan sumber dari kitar semula. Semua pihak harus serius untuk menjayakan semua ini. Dasar pendidikan negara dan sikap ibubapa harus dipupuk agar mengajar anak-anak mengitar semula dari kecil supaya budaya kitar semua berjaya dan secara tidak langsung memanfaatkan bahan buangan yang secara semaksimum mungkin.

    ReplyDelete
  4. Saya memang selalu mengikuti perkembangan terutama news yg anda terbitkan setiap hari...Kepada pemberita..saya hendak mengajak kita semua berfikir sejenak, adakah usaha kita nie sampai kepada golongan sasar? atau semata-mata untuk mengaut keuntungan semata-mata...Segmen yg anda utarakan nie memang menarik cuma kesannya kepada umum, itu yg saya terfikir..bukan saja kpd individu malahan syarikat2 yg terkemuka..cuba kamu cari idea utk poskan 1 slot ringkas ker kepada seluruh siaran berbayar atau pun free mengenai nie maklumlah bukan semua orang ada Astro. Maaf yee saya bukan bermaksud kearah negetif..

    ReplyDelete