Thursday, July 9, 2009

Meninggikan Profesion Perguruan


Baru-baru ini kerajaan mendedahkan Kementerian Pelajaran menghadapi masalah kekurangan guru lelaki berbanding wanita. Implikasi daripada kekurangan tersebut memberi kesan besar kepada sistem pendidikan. Dilaporkan nisbah lelaki yang memohon memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) setiap tahun ialah 35:65.
Persoalan yang dibangkitkan kenapakah profesion ini semakin tidak mendapat sambutan di kalangan lelaki? Dan apakah pula tindakan susulan oleh kementerian bagi menyimbangkan. Mungkinkah profesion ini tidak dianggap glamor sehingga orang lelaki menjauhi, atau pelbagai isu berkaitan pendidikan dan sekolah menyebabkan ia kurang menarik minat. Anda sebagai wartawan rakyat atau peneraju profesion perguruan pasti mempunyai jawapan kepada permasalahan ini dan sila kongsikan bersama kami di U-Wartawan.

4 comments:

  1. Ini guru ha, semestinya ramai prempuan sebab perempuan memang sesuai menjadi pendidik pada budak-budak. Orang lelaki memang sejak dari azali lagi tidak sesuai untuk menjadi guru kerana dia punya hormon dari segi sains nya memang tak sesuai. Menurut seorang professor dari Kongo, lelaki adalah ketua pada wanita dan wanita adalah ketua pada anak-anaknya. bagaimana seorang lelaki hendak menjadi seorang pendidik ianya lebih dominan atau sesuai untuk menjadi pemimpin ataupun ketua keluarga.

    ReplyDelete
  2. Assalam, sorry to say... bukan apa... kebanyakkan cikgu-cikgu sekolah sekarang nie yg lelaki, ramai yang gay dan lembut2. Jadi lelaki yg sejati memilih utk tidak menyertai profession ini kerana takut dipandang serong. Tgk aper yg berlaku dlm minggu nie di Terengganu. Ader byk lagi kes tapi tak heboh.

    ReplyDelete
  3. Ni tanda2 kepupusan yang meruncing tahap gaban...

    ReplyDelete
  4. pada pendapat saya ramai lelaki tidak berminat pada profesion ini kerana bagi mereka guru adalah satu pekerjaan yang tidak dipandang di mata masyarakat dan mungkin juga kerana mereka tiada kebolehan untuk mengajar...lebih2 lagi hormon adreneline dalam tubuh lelaki lebih cepat terhasil menyebabkan mereka cepat marah..ini mungkin boleh memberi impak negatif kepada murid2..walaupun begitu saya tidak menyangkal bahawa lelaki juga boleh menjadi guru kerana otak lelaki lebih pantas berfikir dan insyaALLAH boleh membangunkan generasi yang akan datang menjadi insan yang berguna dan dapat membantu dalam membangunkan masyarakat dunia.

    ReplyDelete