Friday, June 26, 2009

Mendepani Ancaman Selsema Babi

Topik U-Wartawan 3 Julai






Persediaan pencegahan adalah sangat penting! Anda boleh mendapatkan immunization vaksin flu atau suntikan flu. Suntikan flu adalah baik sebelum anda menunjukkan simtom-simtom flu; walaubagaimanapun, jaminan vaksin flu yang ada sekarang adalah agak diragui.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, simtom flu H1N1 adalah sama dengan influenza lain di dalam badan manusia- penyakit secara amnya. Antara simtom-simtom flu H1N1 ialah; demam, batuk, sakit tekak, sengal-sengal badan, pening kepala dan badan rasa sejuk. Kes influenze 2009 ini telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah orang yang mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.

Orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan kebersihan diri dan persekkitaran. Kerap basuh tangan dengan sabun dan air, ataupun alcohol-based hand sanitizers terutamanya selepas berada di tempat awam.

Anda sebagai warga Malaysia yang prihatin dan berpengetahuan pasti mempunyai idea yang baik dalam usaha membantu mencegah merebaknya wabak ini. Jadi kongsikan bersama komuniti U-Wartawan.

3 comments:

  1. penyakit seumpama ini sukar untuk dibendung kerana sikap rakyat kita yang kurang ambil kisah dan tidak serius.sbg contoh:-
    -KL saja kena bukanya Taiping.
    -boleh dpt MC seminggu.
    -mentri pun tak pakai topeng.
    -dakde org mati pun.
    -dan byk lagi...

    mungkin rasa lucu utk membaca sikap rakyat kita yg di utarakan diatas tetapi ini adalah hakikatnya.Bila dah kena baru nak kalam kabut.
    Namum demikian saya puji usaha murni yang dilakukan oleh laman U-wartawan.

    ReplyDelete
  2. Salam,,,bagi pendapat saya utk pencegahan yg mungkin kita boleh gunakan ialah antaranya kurangkan aktiviti luar terutama melibatkan kawasan yg hotspot spt tmpt membeli belah dan banyak lagi tempat yg kita boleh menjangkakan penularan wabak tersebut boleh tersebar. 2) bagi pendapat saya utk masa yg terdekat nie sebelum mereka dapat membuat vaksin flu nie..eloklah ayah atau pun emak tidak membawa anak2 mereka keluar bersama sama membeli belah utk belanja dapur dan sebagainya.. pendapat saya semangkin ramai yg terdedah semangkin ramailah akan menghidap penyakit nie..Biarlah seorang ketua keluarga saja membeli belah (harap idea nie dpt diterima)Lepas tu klu dah tiba atau pun balik kerumah dia(seorang diri)senang mengawal diri utk membersihkan keseluruhan peraturan yg diberikan oleh kerajaan. Klu satu keluarga semua shopping, kita tak dapat kawal spt sentuhan dan sebagainya..Mudah-mudahan cepatlah mereka dapat mencipta vaksin tersebut, Amin.

    ReplyDelete
  3. Saya berpendapat apa yang penting adalah untuk mencari punca penyakit ini. Pembendungan atau pencegahan boleh dikatakan sebagai pendekatan yang harus dipraktikkan secara beterusan. Secara individu apa yang utama adalah menjaga kebersihan diri. Ini adalah amalan asas dalam kehidupan seharian kita yang sering kali diabaikan. Semuga vaksin untuk wabak ini dapat dicipta dalam masa yang terdekat.

    ReplyDelete