Program U-Wartawan pada 24 Julai ini akan memperkatakan topik Kebajikan Warga Terpinggir, menjurus kepada golongan kurang upaya yang dikategorikan mengalami kecacatan mental. Kisah layanan yang diterima oleh golongan ini di Rumah Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu menyingkap suatu kisah kehidupan yang tidak diketahui. Biarpun pihak terbabit ada alasan sendiri mengenai layanan dan keadaan yang diterima, pendedahan tersebut sewajarnya membuka mata dan pemikiran kita bahawa sesuatu perlu dilakukan, bukan saja persoalan layanan di rumah kebajikan, tetapi kesedaran masyarakat umum.
Sebagai manusia golongan ini juga mempunyai hak dan salah satu daripadanya ialah mendapat pendidikan dan asuhan terbaik. Pendidikan dalam hal ini bertujuan menjadikan mereka boleh mengurus diri serba sedikit atau meningkatkan daya mekanik tubuh badan dan daya berfikir biarpun pada kadar yang terhad.
Pada masa sama, apakah yang masyarakat dan pihak berwajib boleh lakukan demi membela nasib golongan ini. Cukupkah sekadar bernaung di rumah-rumah kebajikan atau usaha perlu dipertingkat untuk menambah baik kehidupan golongan ini dan tidak dianggap sebagai beban kepada masyarakat dan negara.
Malah, perkembangan hidup zaman moden yang penuh tekanan dan cabaran juga mendedahkan anggota masyarakat, khususnya di bandar berdepan dengan penyakit mental. Apakah kita sedar dan bersedia menghadapinya?
Lontarkan pandangan ini kepada U-Wartawan. Anda juga wartawan.
Kalau mahu dipersoalkan dan seterusnya diselesaikan mental illness, semestinya ia ada 2 langkah:-
ReplyDelete1.Langkah Jangka Panjang
i).Menyediakan(mengwujudkan) jurusan pengurusan mental illness diperingkat universiti(Pembelajaran bukan dalam bentuk medik tapi mengenal pasti kebolehan pesakit,untuk menambah pola ekonomi micro.
ii).Giatkan belia menceburi bidang penjagaan mental illness,untuk merangsang belia, jadikan ia peluang kerja sekali gus ia dapat mendidik para belia prihatin akan mental illness.
2.Langkah Jangka Pendik
i).Galakkan para ahli perniagaan menjadikan Rumah-rumah pesakit ini anak angkat, agar segala kelengkapan asas dapat di salurkan dengan mudah.
ii).Galakkan para majikan swasta mengwujudkan special medical budget, agar para pekerja dapat membuat pemeriksaan secara percuma, jika ada syntom ke arah mental illness.
iii).Mengamalkan kehidupan yang sihat seperti pemakanan dan bersukan satu cara terbaik yang dapat menghindar kepada mental illness.
Pertama sekali kesedaran harus di mulakan di peringkat sekolah lagi.
ReplyDeleteSistem pendidikan kita harus dirombak dari"A ke Z"iaitu dari semua aspek.Sebagai contoh bahasa isyarat untuk orng bisu dan pekak harus di ajar di semua sekolah di peringkat rendah lagi.Ini adalah kerana kecacatan seumpama ini boleh terjadi kepada sesiapa pun.
Selain daripada itu,kesemua pekerja dalam sistem perkhidmatan pelanggan di negara kita mahupun swasta mahupun kerajaan tidak mempunyai kakitangan yang boleh berinteraksi dalam bahasa seumpama ini.
Jika pandangan saya digunapakai negara kita boleh menjadi sebuah negara yang pertama sekali di dunia dimana rakyatnya boleh berkomunikasi dalam pelbagai cara.Malah boleh memajukan lagi sektor pelancongan,dengan kebolehan seumpama ini dimana para pelancong OKU akan rasa lebih selesa untuk berjalan dan membeli-belah.Ini hanyalah visi saya semata-mata.
Balik semula ke tajuk asal,cuba bayangkanlah pekara kecil seperti sistem komunikasi sendiri menjadi masalah antara OKU dengan orang normal jadi sudah tentulah tekanan yang lebih teruk dihadapi oleh mereka,terutamanya mereka yang menghadapi masalah atau kecacatan yang lebih serius.
Pendidikan sekolah tidak harus menekankan setakat "Math" dan sains serta membaca untuk lulus peperiksaan sahaja.Tetapi pemahaman terhadap pelbagai peringkat masyarakat sivil perlu ditekankan juga.Pendidkan seumpama ini tidak perlu masukkan dalam SPM/STPM sebagai mesti lulus dan sebagainya tetapi sebagai satu pendidikan asas yang dimestikan.
Jika kita tidak mengambil langkah yang sewajarnya golongan ini akan terus menjadi golongan yang dipinggirkan.Golongan ini juga mempunyai pemikiran sama seperti kita.Ini bermaksud ada yang cerdik pandai didalam golongan ini hanya kita yang tak dapat melihatnya kerana kurangnya pendedahan atau pendidikan dalam menjaga mereka. Kerajaan juga tidak begitu berminat dalam memajukan taraf hidup serta kurangnya penyedian pelbagai kemudahan untuk golongan ini.