Ada pihak mencadangkan, kenapa tidak dihapuskan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), atau digubal semula untuk mengikut keperluan pendidikan dan rentak pembangunan negara. Bagaimanapun kerajaan berpandangan ia harus dikekalkan dengan pengubahsuasaian.
Keputusan UPSR yang menjadi tanda aras kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh pula mungkin tidak dipakai, sebaliknya dicadangkan supaya mengambil mengambil kira pencapaian pelajar sepanjang enam tahun di sekolah rendah.
Ada pihak pula berpandangan, sejak sekian lama sistem peperiksaan di sekolah kita terlalu memberi penekanan kepada aspek keputusan, bermakna markah maksimum menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan pelajar.
Melihat kepada keperluan pendidikan dan pembangunan sahsiah pelajar, masihkan UPSR ini relevan dengan keperluan pendidikan dan perkembangan mental dan jatidiri pelajar, atau sesuatu dilakukan secara menyeluruh terhadap sistem pendidikan, tidak sekadar terhadap ujian ini.
Hakikatnya, pelajar sekarang terlalu dibebani dengan tekanan supaya mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan sehingga meletakkan mereka dalam tekanan dan seluruh kehidupan harian mereka semata-mata untuk buku, guru dan tuisyen.
Persoalan yang perlu diambil perhatian adalah apakah UPSR merupakan mekanisme yang tepat untuk menilai pelajar dan membekalkan barisan pelapis yang memasuki sekolah menengah, peringkat universiti dan pekerjaan.
Persoalannya, apakah ujian ini perlu dihapuskan dan tidak perlu ada sebarang ujian yang berorientasikan keputusan, sebaliknya negara ada satu sistem persekolahan dan penilaian yang melahirkan pelajar yang cerdas dan kreatif pemikiran mereka.
Lontarkan pandangan dan cadangan anda untuk U-Wartawan pada 30 Julai ini. Anda semua wartawan rakyat.
Apakah fungsi sebenar peperiksaan? Tujuan utama ialah untuk menilai pencapaian dan pemahaman pelajar terhadap apa yang dipelajari. Selain dari itu, ia juga menguji keberkesanan pengajaran seseorang guru.
ReplyDeleteMasalah utama dengan generasi masakini ialah mereka sebenarnya tidak memahami apa yang dipelajari. Mereka cuma menghafal. Inilah kesilapan kita. Bukannya peperiksaan tersebut.
Jika dilihat pada tahap pencapaian pelajar kita baik di peringkat rendah, menengah maupun universiti, adalah amat mengejutkan bahawa mereka tidak dapat menghuraikan secara logik perkara berhubung apa yang dipelajari. Jika tidak percaya, tanyakan pada seorang mahasiswa jurusan elektrik,sebagai contoh, bagaimanakah air yang dihimpun dalam empangan boleh menyalakn lampu dirumah. Minta mereka ceritakan kepada seorang pelajar berusia 7 tahun. Maknanya mereka perlu menggunakan ayat yang mudah untuk menghuraikannya. Saya belum berjumpa lagi dengan pelajar yang mampu memudahkan penyampaian tersebut.
Kesimpulannya, pengetahuan fundamental pelajar kita amat lompong menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan logik. Jika begini sikap kita, bagaimana mahu melahirkan pelajar yang kreatif?
Pucuk pangkal segala permasalahan ini terletak dibahu pelaksana, iaitu guru.
ikhlas,
http://reformasimindaguru.blogspot.com
Belum reda isu hangat PPSMI, sudah timbul ura ura untuk ‘MENILAI’ kepentingan UPSR
ReplyDeleteApa kita ni tak sanggup lagi menghadapi tohmah yang ada kalangan kita ini LEMAH ?
Ianya harus mendorong untuk mengkaji sebab jika sedemikian dan cari jalan menyelesaikannya.
Kalau kita lihat rata rata, diantara murid yang pintar (terutama diperingkat SK) tak kira BANGSA, baik di LUAR BANDAR, mereka ni bersaing maju – sampai bila tercicir sedikit menagis saperti kehilangan ibu.
Yang harus dipernilaikan ada lah kualiti PEMBELAJARAN darisegi TATACARA mencuit minda dan kualiti PENGAJARAN dengan mempertabatkan kedudukan guru – benamkan ‘andaian’ yang PENGURUAN adalah “3rd Class Profession”
Walaupun keputusan UPSR tidak menghalang mereka dari melanjutkan pelajaran ke SMK secara otomatik, ianya perlu untuk menilai kemasukkan keasrama dan sekolah bertaraf tinggi (SBT).
Tahukah anda semua, adanya beberapa taraf sekolah – sekolah BESTARI, sekolah CEMERLANG, sekolah KLUSTER, selain dari sekolah kawalan ? Polisi bagus, tapi implimentasi nya – kurang.
Sebelum saya mengundurdiri, saya sangat mengalu alukan isteri PM, menyahut diadakan persekolahan “PERMATA PINTAR” dimana ANAK BERGELIGA (masih perlu??) diasuh sampai keperingkat Universiti. Dengarnya IQ sesorang murid ini harus melebihi tahap 135.
Ini PROAKTIF, bukan REAKTIF saperti Timbalan PM memansuhkan PPSMI - kononnya Melayu diKampong tak berdaya-saing, jangan dicela dan harus dibela.
asal Parit, Perak