Monday, July 13, 2009

Menilai Prestasi Menteri


Untuk siaran pada 17 Julai ini, U-Wartawan akan mengemukakan topik Menilai Prestasi Menteri sebagai reaksi kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Perbincangan akan meliputi aspek penilaian prestasi para menteri dan timbalan menteri dalam melaksanakan tugas.
Persoalan yang dibangkitkan di sini ialah bagaimana KPI atau laporan menteri itu akan dinilai dan apakah kayu ukur bagi penilaian yang dibuat. Mungkinkah Perdana Menteri yang bertanggungjawab membuat penilaian dan bagaimana pula reaksi rakyat.
Juga, apakah jika prestasi seseorang menteri itu tidak memuaskan, perlukah dia meletakkan jawatan?
sebagai wartawan rakyat, anda pasti mempunyai pandangan terhadap perkara ini, iaitu apakah pengenalan kepada penilaian prestasi ini akan meningkatkan kecekapan pentadbiran seorang menteri dan bagaimana anda mahu seorang menteri berkhidmat.
Besar harapan di sebalik pengenalan penilaian prestasi ini akan meningkatkan kecekapan dan ketelusan kerajaan dalam mentadbir negara dan berkhidmat kepada rakyat.

4 comments:

  1. salam..saya rasa datuk s subramaniam patut di gugurkan dari jawatannya kerana tidak berjaya mengawal kemasukan pendatang asing di malaysia dan beliau juga mengabil masa yg lama untuk mengkaji tentang gaji minimum rm 900 untuk pekerja swasta dan beliau juga tidak berjaya membela nasib pekerja ssektor swasta.

    anakmelayu10.blogspot.com

    support!!!

    ReplyDelete
  2. salam tuan,
    teruskan dengan komentar yang menarik, bijak dan membuka mata.

    ReplyDelete
  3. saya pelik..kenapa shabery cheek tak sasarkan Malaysia supaya layak ke world cup dalam masa 8 tahun lagi sebagai agendanya ..saya tahu ini waktu yang menjangkaui tempoh dia jadi menteri..tapi kan ada milestone untuk mengukurnya..contohnya juara sukan sea, asia cup, etc..

    nie asyik tersenyum kambing jumpa atlet sana sini tanpa clear direction...

    malu betul..

    saya rasa kalau bola malaysia naik..semua orang akan suka dan puji dia sebagai menteri dan dapat menyatukan semua kaum..baru 1 malaysia yg betul!!!

    ReplyDelete
  4. Prestasi menteri perlu dipertingkatkan lagi supaya dapat meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada sekarang. Kekalkan keamanan negara!!!

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete