Friday, August 28, 2009

Hemah Berbelanja Ramadhan dan Syawal


Bagaimana cara anda berbelanja dan menguruskan perbelanjaan ketika Ramadhan dan Syawal? Apakah lebih pasak daripada tiang, atau anda seorang pengguna dan pembeli yang berhemah dan bijak dalam membelanjakan wang anda, berbelanja mengikut keperluan dan bukan mengikut kemahuan, membeli ikut kebijaksanaan dan bukan mengikut nafsu.
Jika anda seorang pembeli dan pengguna yang bijak, bagaimana pula anda mengatur dan mengurus perbelanjaan anda supaya tidak membeli sesuatu yang tidak perlu dan berbelanja di luar kemampuan. Bagaimana anda menggunakan wang anda secara optimum dengan anda menikmati kepuasan daripada penggunaan wang anda.
Topik U-Wartawan kali ini membawa anda menelusuri sikap orang kita dalam berbelanja, khususnya untuk membeli makanan untuk berbuka yang mungkin didorong oleh nafsu. Pada masa sama anda juga membuat pelbagai persediaan menyambut raya yang bakal menjelma seperti membeli pakaian baru dan tidak kurang membeli langsir dan perabot baru.
Bagi anda apakah perbelanjaan terbaik yang sesuai dengan bulan Ramadhan supaya wang yang dibelanjakan tidak menjadi pembaziran kerana membazir adalah perbuatan syaitan. Begitu juga sambutan Syawal perlukah kita bermewah-mewahan untuk diri kita sendiri dan bagaimana pula dengan menyumbang kepada mereka yang kurang dan memerlukan sumbangan anda.
Sebagai wartawan rakyat, kami mengalu-alukan pandangan dan buah fikiran anda dalam mengupas topik Hemah Berbelanja Ramadhan dan Syawal. Kongsikan bersama kami kerana di U-Wartawan, anda juga wartawan.

4 comments:

  1. Dalam bulan Ramadhan ini kita kena sedar bahawa bulan ini sebenarnya ialah bulan untuk kita berjimat. Sebabnya pada bulan ini kita hanya makan dua kali sehari berbanding tiga pada bulan-bulan lain. Cuma kita terlalu mengikut nafsu lapar di siang hari dan kita fikir perlu ditambah makan pada malam hari. Tambahan pula setelah melihat banyak juadah yang dijual di bazar Ramadhan.
    Pendapat saya kalau nak berjimat makanlah seperti biasa kita makan dengan menu yang kita makan pada bulan-bulan lain tanpa ditambah dan pada mereka yang merokok bulan ini untuk mereka berjimat seterusnya berhenti merokok. Untuk bulan Syawal pula tukarlah pakaian atau hiasan rumah jika kita dapati ia benar-benar lusuh. Untuk baju anak-anak pula beli je lah di pasar malam kerana ia lebih murah dan kalau nak tukar tiap-tiap tahun pun tak apa.

    ReplyDelete
  2. ..salam saudara,salam merdeka dan ramadhan.teruskan suarakan yang benar untuk rakyat.terutama budak2 muda ni hampir separuh tidak mahu usaha fikir tentang apa yang terjadi pada negara.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Saya tidak pernah terbaca hadis/sunah yang menyarankan berbuka puasa dan menyambut hari lebaran mesti berbelanja lebih. Tetapi, hadis menekankan kebersihan....separuh dari iman. Ini sepatutnya menjadi pegangan untuk kebanyakan kaum Muslim. Tidak malu, malah berbangga, saya menyatakan....saya masih mengguna langsir dan perabut semenjak 9 tahun lalu. Saya tidak boleh menjustifikasikan kepada diri sendiri mengapa saya perlu menukar perkakas tersebut. Peralatan masih baik. Tetapi, saya tekankan disini, perabot dan langsir dalam keadaan BERSIH. Apa orang lain fikirkan, bukannya satu masalah bagi saya. Kesusahan saya....hanya saya yang akan menanggungnya. Kesenangan saya...saya boleh membantu mereka yang memerlukan. Dengan kata lain, tak luak walau sedikit pun apa yang saya ada. Keafdalan puasa bukannya membazir makanan mengikut nafsu. Manakala kemeriahan Hari Raya tidak terletak kepada perkakas baru.

    ReplyDelete
  4. nilai ringgit kita sangat rendah dan tak mampu saing dgn harga barang2 keperluan harian kita. Standard gaji kita amat memalukan, khususnya kepada mereka yg berpendapatan sederhana dan rendah. Memandangkan kelemahan ini, boleh ke kita bercakap bahawa kita kena belanja dgn berhemah kepada golongan ini?

    Kita harus sedar bahawa kemampuan golongan yg saya sebut diatas amat terhad. Mereka yg berkeluarga pula lagi mencabar. T.jawab mereka bukan saja pada hari2 perayaan, malah mereka juga harus memikirkan tentang bulanan dan harian.
    Amat malang rakyat malaysia yg berpendapatan rendah kerana tidak dapat menikmati hidup yg baik akibat dasar2 yg ada dlm sistem sosial kita. Kita sedang berada di alaf baru tetapi gaji minima kita masih seperti di zaman purba.

    Oleh kerana sisitem2 dan dasar2 tertentu yg di amalkan oleh pihak kerajaan dan swasta telah memundurkan pemikiran kita. Di mana hari ini kita umpama tidak ada jalan lain dan terpaksa akur dan ikut kehendak pembuat dasar yg melibatkan kehidupan kita dan maruah kita. Majoriti rakyat malaysia hidup dlm hutang dan tak dapat menikmati satu kehidupan yg tenang akibat hutang2 tertentu.
    Kadangkala kita tak sempat melangsaikan hutang kita, kita sudah tak berupaya atau meninggal dunia. Ianya kerana sistem yg di amalkan di mana apabila kita membeli rumah. Org kaya beli rumah jauh beza daripada orang susah. Mereka mampu langsaikan dlm jangkamasa yg sengkat.
    Perkara inilah yg kerajaan teliti dan perbetulkan supaya rakyat malaysia keseluruhan dapat hidup dlm satu keadaan di mana mnereka dapat menikmati satu kehidupan yg baik dan tak tertekan. Implikasi akibat sistem dan dasar yg di amalkan telah memberi impak sosial yg amat sedih dan memalukan sehingga kadar penceraian meningkat di malaysia. Kemampuan kewangan adalah menjadi perkara utama dlm zaman moden ini dan harus harus lihat semula dasar2 yg ada supaya kita boleh mengutamakan nilai2 kemanusiaan dan bukan saja nilai2 ringgit sampai kita mengabaikan t.jawab kita kepada manusia dan kehidupan mereka.


    kamalganesan
    malaysiabolehke

    ReplyDelete