Angka ramalan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung penularan wabak H1N1 amat menggusarkan rakyat Malaysia. Angka sekurang-kurangnya lima ribu boleh maut tidak boleh dipandang ringan dan ia merupakan malapetaka kepada negara kita jika benar-benar seperti diramal.
Ketika negara lain berjaya membendung penularan virus ini, kenapa pula pendemik ini menjadi semakin buruk di Malaysia, dengan angka kematian yang semakin berkurang. Apakah rakyat kita tidak begitu mengambil peduli tentang kesihatan dan kebersihan diri sehingga begitu mudah digugat oleh virus, atau kerajaan gagal merangka pelan pencegahan terhadap penularan virus ini.
Lebih membimbangkan pula apabila penularan virus ini dijangka menemupuh gelombang kedua yang akan memberi kesan kesihatan buruk berikutan munculnya musim hujan yang dibawa angin timur laut. Sekali lagi, apakah rakyat Malaysia bersedia, sedangkan pada gelombang pertama kita menghadapi kepayahan mendepaninya.
Selain itu ketika, bagaimana pula penularan virus selesema H1N1 pada bulan Ramadhan ini? Mungkinkah ia akan mempengaruhi penularannya ke tahap lebih buruk sebelum gelombang kedua. Dan sebagai rakyat Malaysia, apakah yang kita lakukan untuk mencegah virus ini terus menular, atau kita sebenarnya mengambil sikap mudah atau sudah terhantuk baru terngadah tatkala nasi sudah menjadi bubur.
Sebahagian kes H1N1 dan kematian berkaitan dikatakan berpunca daripada sikap rakyat Malaysia berhubung kebersihan diri dan kepekaan terhadap gejala pendemik ini. Pastinya, ini memerlukan suatu anjakan baru dalam cara pemikiran dan bertindak rakyat Malaysia, selain kerajaan mengambil langkah lebih proaktif dan kreatif membendung penularannya.
Anda sebagai rakyat prihatin dan berpengetahuan dijemput memberi pandangan berhubung penularan H1N1 di negara ini, atau berkongsi pengalaman anda, keluarga, tempat kerja atau kejiranan anda dengan kami di U-Wartawan.
assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya muhd adzeem Bashah , dari kepong, berkaitan penularan wabak
h1n1, pada pandangan saya sebenrnya apa yang perlu kita sama-sama risau bukan sahaja penyakit itu sahaja, tetapi kalau diperhalusi, ianya merupakan satu bala yang diturunkan ALLAH kepada umat nabi muhammad untuk menguji keimanan seseorang. Sepatutnya yang perlu kita risaukan adalah kemurkaan ALLAH kepada umat nabi Muhammad. kenapa bala ini diturunkan? Pada pandangan saya sepatutnya media - media ini berperanan untuk menyampaikan kepada orang islam berkaitan doa-doa yang sepatutnya dibaca bila ditimpa bencana, bagaimana untuk mengelakkan dari dilanda penyakit menurut al-quran dan hadis. Begitu juga dengan Majlis Ulamak, mereka sepatutnya memainkan peranan yang cukup besar untuk memberi pandangan serta idea bagaimana mengelakkan daripada penularan wabak ini mengikut ayat-ayat al-quran. tv-tv sepatutnya menyampaikan doa-doa yang perlu diamalkan setiap hari bukan sahaja dengan menghebahkan menggunakan penutup hidung, melarang dari menghadiri majlis keramaian dsb. Saya sebenarnya bukan pandai ataupun org yang bijak pandai agama, tapi dari pandangan saya kita kena kembali pada al-quran dan hadis, kita kupas isinya untuk manfaat seluruh umat nabi muhammad. sekian terima kasih. Mohon maaf jika terdapat kesilapan, yang buruk datangnya dari saya sendiri dan yang baik itu datangnnya dari ALLAH jua.