Thursday, August 6, 2009

Mengurus Kewangan Pesara


Kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan dana pencen untuk pekerja swasta dan bekerja sendiri, langkah yang diharap dapat memberi jaminan kewangan kepada golongan ini ketika melalui usia tua.
Langkah ini diambil selepas kajian mendapati 70 peratus daripada pesara ini menghabiskan semua wang dalam KWSP dalam tempoh kurang tiga tahun, meletakkan para pesara terbabit berdepan krisis kewangan yang teruk dan hidup dalam kemiskinan.
Hakikatnya, 90 peratus daripada pencarum memiliki simpanan semasa usia persaraan kurang RM100,000, juga meletakkan golongan ini dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa terus bekerja pada usia tua.
Pengenalan dana pencen ini dijangka membaiki kedudukan sosial dan ekonomi pesara swasta untuk menempuh usia persaraan tanpa diganggu oleh masalah kewangan. Namun persoalannya, apakah modul terbaik kepada pelaksanaan dana ini.
Sebelum ini pernah diperkenalkan Skim Anuiti yang menggunakan dana KWSP pekerja untuk menjadi dana yang akan membolehkan pesertanya memperoleh bayaran pencen bulanan pada kadar tertentu ketika mereka bersara, tetapi dibantah kemudiannya.
Selain modul pelaksanaan, berapa kadar bayaran bulanan yang bakal diterima, apakah mungkin ia separuh daripada gaji akhir semasa bersara dan apakah pencen dibayar sepanjang hayat pesara dan bagaimana pula faedah untuk waris seperti dalam pencen kerajaan.
Lontarkan pandangan anda sebagai wartawan rakyat U-Wartawan.

3 comments:

  1. Skim yang baik demi menjamin warga kerja di hari tua...cuma yang menjadi persoalan adakah bentuk bayaran yang diterima nanti diperhitungkan dari gaji terakhir sebelum bersarah atau jumlah kesemua akaun KWSP dikumpul dan dibuat perkiraan,maka hasilnya itulah yang akan diberikan setiap bulan...pada pendapat saya,cara ini harus diperhalusi ,ini adalah... Read more kerana rata2 pekerja swasta telah mempunyai skim anuiti atau telah mengeluarkan sedikit dari akaun kwsp dan memasukkannya dalam skim public mutual yg mana konsepnya hampir menyerupai skim persaraan jika hasil di kumpul tatkala pekerja itu bersara,ini bermakna lebihan dari akaun yg belum dikeluarkan,pesara boleh manfaatkan kepada hal peribadi seperti pembaikan rumah dan lain2, manakal belanja bulanan hasil dari skim Anuiti@public mutual......Atau pun skim persaraan (bayaran bulanan) dikeluarkan dari akaun 2 manakala akaun 1 diberikan sepenuhnya pada pesarah (dengan membuat perkiraan BIJAK yang menguntungkan kedua belah pihak) Pesarah & KWSP.

    ReplyDelete
  2. Maj (B) Nor Ibrahim bin SulauimanAugust 15, 2009 at 11:53 AM

    Saya telah menulis dalam blog saya - xnuripilot.blogspot.com - berkaitan perkara ini. Semuanya terpulang kepada individu tersebut, hanya beliau dapat menentukan kearah mana beliau berada. Kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Sekiranya tidak merancang langsung ....tanggung sendiri.

    ReplyDelete
  3. terima kasih mejar (B) atas response tuan. kami sudah petik dalam rancangan U-Wartawan di Saluran 501 Astro AWANI yang sedang bersiaran.

    ReplyDelete