Tuesday, April 20, 2010

Fenomena Buang Zuriat


Mungkinkah masalah dan persoalan ini merupakan suatu warisan sepanjang zaman? Mengapa tidak kerana masalah buang bayi sudah bertahun-tahun diperkatakan dan jika dikira secara matematik, bilangannya semakin meningkat sehingga dikatakan mencetuskan kegusaran.

Apakah ini merupakan satu penyakit zaman moden yang kini menunjukkan tanda kronik atau ini satu lagi persoalan takdir, atau kita mengatakan, masalah buang anak ini berlaku disebabkan pelaku lebih menurutkan kata hati dan gelora nafsu, bukan akal dan jauh sekali nilai moral dan hukum agama.

Perkara yang turut mencetuskan lagi rasa gundah adalah pembuangan bayi yang dulu jarang sekali membabitkan kematian, kini memperlihatkan kecenderungan begitu banyak anak-anak yang baru lahir ini tidak bernyawa. Lalu apakah hukuman setimpal untuk golongan ini - mungkinkah penjara seumur hidup atau hukum gantung sampai mati kerana melakukan pembunuhan dan menyebabkan pematian? Lantas bagaimana pula pasangannya yang mungkin sudah lama menghilangkan diri untuk tidak mahu bertanggungjawab.

Juga, apakah kita mengatakan si pelaku itu kejam apabila dia menjadi mangsa serangan seksual, misalnya dirogol hingga mengandung, dan perogolnya pula masih bebas atau sekadar meringkuk dalam penjara, sedang mangsa rogol ini berdepan dengan aib.

Ini merupakan dua fenomena jelas yang dipisahkan oleh garis noral berbeza tetapi ia menjadi menjadi garis bawah besar kepada masalah pembuangan anak. Apakah masyarakat boleh lakukan atau sekadar menjatuh hukum dengan mengatakan, betapa rosaknya akhlak sebahagian anggota masyarakat ini.

Atau, apakah kita mahu berkata begini, berani buat berani tanggung.

Dalam konteks masyarakat pelbagai adat, budaya dan yang paling pentingnya agama, krisis pembuangan anak ini menjadi lembaran yang berlapis-lapis dengan standard sendiri bahawa dalam suatu kelompok, melahirkan anak luar nikah bukan merupakan suatu kesalahan moral dan agama yang begitu berat dan status anak ini lahir tidak pernah dipersoalkan.

Bagaimana pula dalam konteks masyarakat Islam, bagaimana kita mahu melihat situasi ini tidak dalam pengertian dan pemahaman dosa semata-mata, bahawa yang salah tetap salah dan menerima hukumnya, sama ada hari ini atau kemudian, sedangkan, apakah anak yang baru lahir itu perlu menjadi korban.

Tentunya, melihat kepada perkembangan hari ini dan menilai sejarah pembuangan anak ini, sesuatu perlu dilakukan, tidak cukup sekadar pendidikan agama dan keteguhan iman kerana sesetengah kes memperlihatkan teori dominonya dengan kesan hujungnya adalah membuang anak.

Lantas, adakah anda mempunyai kepercayaan atau tafsiran lain terhadap persoalan ini?

9 comments:

  1. Gejala buang bayi berlaku kerana keterlanjuran si pelaku. Kita tidak boleh menyalahkan 100% kepada mereka kerana jika kita menyorot kembali lembaran masa lalu, pada era selepas merdeka sehingga 80 an, gejala ini seperti kurang kedengaran kerana sistem pendidikan negara yang sangat berkesan membentuk insan cemerlang. Begitu juga dengan sistem pengurusan perkahwinan yang mudah. Kini, kita ditampar dengan karenah prosedur rumit yang perlu dilalui bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin seperti kursus perkahwinan, permohonan sana sini untuk mendaftar permohonan nikah atau pologami. Bagi mereka yang terdesak, semua sistem rumit tadi bagi saya merupakan penyumbang utama hamil luar nikah. Kenapakah kita tidak permudahkan proses pernikahan di Malaysia ini seperti di Selatan Thailand? Kenapa kita harus dikongkong dengan sistem yang menyukarkan sedangkan Islam itu mudah dan memudahkan? Gejala buang bayi berlaku lantaran tekanan si pelaku akibat terperangkap dalam dilema ini. Bantu mereka menjadi manusia yang cemerlang..

    ReplyDelete
  2. Cadangan membendung gejala buang bayi
    1. Berikan perlindungan undang2 kpd ibu bayi
    2. Permudahkan urusan pernikahan
    3. Mantapkan sistem Pendidikan Islam dan Moral

    ReplyDelete
  3. benda ni sepatutnya di bendung secara menyeluruh..sebab itu Islam memperkenalkan hukum hudud..jika Malaysia mengamalkan hukum hudud,negara pasti aman..alasan yang digunakan pihak yang membangkang hukuman ini dilaksanakan disebabkan negara berbilang kaum..jika macam tu,hukuman ini dijalankan pada umat Islam saja..secara automatik,umat Islam menjaga sifat dan attitude mereka sehingga kaum2 lain mengikut cara tersebut..secara tidak langsung,masalah pembuangan bayi yang mengakibatkan kematian ini dapat dibendung dan dikawal sehingga peratusan kes jenayah ini sifar..dan secara tidak langsung juga,jenayah-jenayah lain juga akan berkurangan memandangkan majoriti penduduk di Malaysia adalah Islam..persoalannya,mengapa hukum hudud yang Rasulullah jalankan suatu ketika dahulu tidak diamalkan negara Islam seperti Malaysia??adakah penduduk dan pihak bertanggungjawab di dalamnya tidak telus dan merasakan suatu ketika nanti hukuman itu terkena pada diri sendiri kerana sudah rutin harian mereka melakukan kesalahan jenayah seperti rasuah dan lain2..

    ReplyDelete
  4. Saya merasakan permasalahan kes buang anak ini adalah berpunca dari masalah pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan. Akibat terlampau bebas bergaul, mereka tidak peduli batas yang ditetapkan oleh agama. Saya tidak pasti bagi agama selain Islam samada penganutnya dibenarkan untuk bersentuhan antara lelaki dan wanita. Akan tetapi, perkara ini jelas ditegah bagi penganut agama Islam. Namun begitu, fenomena dewasa kini sangat menggusarkan. Ramai ramaja lelaki dan wanita sudah tidak endah akan batas yang telah ditetapkan oleh Islam.

    Bermula dari bertepuk tampar secara suka-suka kemudian perpegangan tangan dan akhirnya berzina. Maka dari situ timbullah masalah buang bayi.

    ***

    Jika dilihat dari sudut pandang yang berbeza, masalah ini mungkin juga disebabkan kurangnya didikan kepada remaja. Hal ini kerana ahli agama hanya tahu berfatwa dan menetapkan hukum, guru di sekolah hanya berusaha untuk menghabiskan sukatan matapelajaran yang ditetapkan KPM, ibubapa sibuk menghabiskan masa mencari rezeki di luar rumah. Maka yang tinggal bagi remaja hanyalah rakan sebaya yang juga turut sama kurang matang dalam membezakan kaca dan permata.

    Denagn berbekalkan akal yang mereka miliki itu, mereka mencari keseronokan tanpa berfikir akan keburukan yang bakal diterima.

    ***

    Pada hemat saya, golongan remaja perlu didekati dan dibimbing dengan penuh kasih sayang oleh semua pihak. Jangan hanya menghukum apabila mereka melakukan kesalahan. Perkara ini hanya akan membuatkan jarak dengan golongan ramaja bertambah jauh.

    ***
    sekian

    ReplyDelete
  5. Hukum hudud sahaja tak mencukupi ia hanya sebahagian sahaja. Yang penting peranan kita sebagai orang Islam perlulah ingat-mengingati sesama kita. Kita kena mulakan dalam keluarga kita sendiri. Ini saya tengok ada orang yang cakap pasal sokong Islam bukan main lagi tapi anak dan isteri dia tak menutup aurat. Itu kita tak tau lagi dia solat lima waktu ke tidak, puasa dia buat ke tidak. Jangan nampak kuman seberang laut tapi gajah depan mata dilupakan.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat baginda sekalian.

    Ya Allah, kami bermohon agar mereka-mereka yang mengandungkan anak hasil perzinaan dibukakan pintu hati mereka, ditenangkan fikiran mereka agar tidak membuang anak-anak mereka dalam apa jua keadaan pun. Ya Allah terbitkanlah rasa kasih sayang pada anak yang dikandung dan berikanlah kepada mereka rasa keinsafan, penyesalan dan bertaubat di atas dosa yang telah berlaku. Cukuplah dengan dosa zina itu dan jangan ditambahkan lagi dengan dosa membunuh, membuang anak yang dikandung itu.

    Ya Allah, Kau bukakanlah jua pintu hati kami sebagai ahli masyarakat agar dapat membantu mereka-mereka yang terlanjur ini kembali ke pangkal jalan. Kau bukakanlah pintu hati ahli keluarga untuk menerima anak-anak mereka yang telah terlanjur ini untuk dibimbing supaya tidak lagi hilang arah panduan hidup mereka.

    Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya.

    Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Amin....

    tuan boleh layari blok : www.seribuat.blogspot.com dan www.ppdarompin.blogspot.com

    pelbagai isu boleh dikongsi bersama

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat baginda sekalian.

    Ya Allah, kami bermohon agar mereka-mereka yang mengandungkan anak hasil perzinaan dibukakan pintu hati mereka, ditenangkan fikiran mereka agar tidak membuang anak-anak mereka dalam apa jua keadaan pun. Ya Allah terbitkanlah rasa kasih sayang pada anak yang dikandung dan berikanlah kepada mereka rasa keinsafan, penyesalan dan bertaubat di atas dosa yang telah berlaku. Cukuplah dengan dosa zina itu dan jangan ditambahkan lagi dengan dosa membunuh, membuang anak yang dikandung itu.

    Ya Allah, Kau bukakanlah jua pintu hati kami sebagai ahli masyarakat agar dapat membantu mereka-mereka yang terlanjur ini kembali ke pangkal jalan. Kau bukakanlah pintu hati ahli keluarga untuk menerima anak-anak mereka yang telah terlanjur ini untuk dibimbing supaya tidak lagi hilang arah panduan hidup mereka.

    Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya.

    Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Amin....

    layari www.seribuat.blogspot.com dan www.ppdarompin.blogspot.com

    untuk berkongsi pendapat

    ReplyDelete
  8. Pembuangan bayi? suatu gejala yang tidak mampu dielakkan sepenuhnya. Umum mengetahui bahawa gejala ini adalah berpunca dari gejala sosial, dan umum mengetahui dan mempunyai beribu2 langkah pelaksanaan yang dilihat mampu mengatasi masalah ini.
    Ingin saya tekankan disini, status bayi yang dibuang itu sendiri. Bermaksud:setelah dilahirkan secara bukan mengikut norma adat biasa, apa status yang tercatat di SIJIL KELAHIRAN mereka? saya dimaklumkan status nama bapa akn ditulis sebagai : TIDAK BERKENAAN.. faktor ini bagi saya adalah antara pendorong pembuangan bayi. Kalaupun mereka yang terlanjur berkahwin, anak luar nikah yang terhasil masih berstatus anak luar nikah. Mungkin ada cara penyelesaian bagi mengatasi perkara ini, kerana aib itu akan ditanggung anak itu, dan juga bapanya. kenapa tidak status itu terus diletakkan nama bapanya, ataupun nama bapa angkat yang ingin mengambil anak yang dibuang itu?

    ReplyDelete
  9. Perbuatan terkeji dan tak bertanggung-jawab.
    Kepada rakan-rakan blogger u-wartawan sekalian,wajarkah pendidikan seks diterapkan dalam sylibus matapelajaran sekolah?

    ReplyDelete