Tuesday, April 27, 2010

Pengupayaan Tenaga Kerja Muda


Selamat menyambut Hari Pekerja. Tatkala melalui tarikh 1 Mei ini, ada eloknya kita memikirkan perkara selain daripada soal berapa gaji yang dibayar, misalnya, kesediaan dan tahap tenaga kerja di negara in, terutamanya di kalangan generasi muda.

Antara penekanan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) adalah menyediakan rakyat negara ini ke arah ekonomi prestasi tinggi, yang bermakna menuntut tahap tertentu dan baru dalam kecekapan pekerja di negara ini. Rasional penekanan kepada tenaga kerja muda adalah kerana golongan ini merupakan landskap sebenar kepada pembangunan ekonomi dan modal insan yang akan dilaksanakan demi mencapai status negara maju.

Persoalannya, apakah generasi muda negara ini, dengan persekitaran sosial, budaya, pendidikan dan politik sudah bersedia untuk menjadi kuasa tenaga kerja menggalas tanggungjawab sebagai pekerja prestasi tinggi dan membuka lembaran baru perekonomian negara.

Demi membangunkan barisan tenaga negara bagi memenuhi tuntutan tenaga kerja MEB, apakah langkah terbaik dan tuntas dan bersediakah rakyat negara kita mengambil alih semua sektor pekerjaan dalam semua sektor dan tidak bergantung harap kepada orang luar? Tidak dinafikan, rakyat negara ini sudah ada yang menempa nama dan kejayaan dalam bidang pekerjaan masing-masing sehingga menjawat jawatan penting, sama ada dalam mahupun luar negara, tetapi bagaimanakah kejayaan ini dapat dimanfaatkan dalam persekitaran yang lebih besar dan luas.

Persoalan yang perlu difikirkan, apakah kita mempunyai keupayaan untuk berubah dan boleh dibentuk menjadi pekerja yang berupaya bergerak dalam pasaran kerja yang memerlukan kemahiran tinggi dan khusus?

Pada masa sama, apakah institusi pendidikan dan latihan pekerjaan negara ini bersedia dan mampu melahirkan barisan tenaga kerja bagi memenuhi aspirasi melahirkan tenaga kerja tahap tinggi?

Bersama kami menonton U-wartawan membincangkan topik Pengupayaan Tenaga Anak Muda pada 3 Mei, pukul 5.31 petang.

1 comment:

  1. PENGUPAYAAN TENAGA MUDA

    Sistem yang terbaik untuk berubah ialah sistem KPI yang hendak dilaksanakan oleh YAB Najib diKerajaan Malaysia. Ia bukan sahaja mengeluarkan hasil kerja yang tinggi dan berkualiti bahkan ia menggalakkan proses pembelajaran dan pemikiran kreatif yang membolehkan sistem menjana tenaga kerja yang maju dan berkemampuan.

    Malangnya, saya ingin menegur bahawa sistem KPI yang dibawa oleh YAB Najib mempunyai kesilapan konsep yang utama yang akan membantutkan apa sahaja faedah yang terdapat dalam sistem pengurusan yang beliau hendak laksanakan.

    Saya memohon supaya pihak tuan dapat mengusahakan satu program dimana perbincangan dapat diusahakan atas tajuk sistem KPI dan perlaksanaanya.

    Sila rujuk kepada blog saya untuk pandangan saya tentang KPI kerajaan Malaysia. http://performancemeasures.blogspot.com

    Hj Arriffin 012-2786282

    ReplyDelete